Keluhan rakyat Pulau Pinang nampaknya semakin kedengaran. Ramai yang mengeluh nak beli rumah di Pulau Pinang tak mampu lebih-lebih lagi di kawasan bandar yang penuh dengan rumah mewah.
Yelah! Rumah Guan Eng pun harga berjuta-juta. Rumah kos Sederhana Rendah pun mahal sampai cecah RM400,000. Namun mereka juga menjadi cemburu dengan guan eng yang beli rumah dengan harga di bawah pasaran.
Bayangkan rumah mampu milik seluas 60.38 meter persegi yang diumumkan dengan harga RM400,000 seunit lebih mahal iaitu RM616 bagi setiap meter persegi. Manakala rumah Lim Guan Eng pula jika dikira hanya RM275 untuk setiap persegi.
Rumah Mampu Milik Pulau Pinang = RM400,00 (640 kaki persegi) = RM625 untuk 1 kaki persegi
Rumah Banglo LGE = RM2.8 Juta (10,150 kaki persegi) = RM 275 untuk 1 kaki persegi.
Jika rumah Banglo LGE mengikut nilai kaki persegi sama seperti rumah mampu milik Pulau Pinang, maka nilai rumah LGE adalah:
RM625 x 10,150 kaki persegi = RM6,343,740.00
Jika rumah mampu milik Pulau Pinang mengikut nilai kaki persegi sama seperti banglo LGE, maka nilai rumah mampu milik Pulau Pinang adalah:
RM275 x 640 kaki persegi = RM176,000
Siapa setuju supaya LGE dikenakan harga sama dgn nilai 1 kaki persegi rumah mampu milik Pulau Pinang?
K7L : Banyak makan ni...
0 ulasan:
Post a Comment