Isu skandal rasuah ini sebenarnya memberi tekanan yang hebat kepada seluruh kepimpinan DAP. Disebabkan itu ramai yang mula bersuara setelah merasakan Guan Eng akan menjadi terlalu sibuk mempertahankan diri.
Sebelum ini juga DAP Pulau Pinang pernah melontarkan isu agar Ketua Menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja. Kerana dia sendiri mungkin tidak bersetuju untuk mengekalkan orang yang bukan berasal daripada Pulau Pinang untuk terus menerajui Kerajaan Negeri.
Apatah lagi apabila seorang Ketua Menteri telah terlibat secara langsung dengan skandal rasuah melibatkan rumah banglo dan tanah membuatkan kenyataan untuk menukar kepimpinan Kerajaan Negeri diperlukan.
ADUN Tanjung Bungah (DAP), Teh Yee Cheu mahu supaya Lim Guan Eng bercuti sementara siasatan SPRM ke atasnya selesai. Apa lagi tunggu sila bercuti dan bersedia menerima keputusan siasatan.
Kalau tengok pada cara nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang akan ditukar lebih awal sebelum PRU14. Kemungkinan untuk PRK tidak ada kerana telah habis haul untuk mengadakan PRK.
Sekarang apa yang sedang berlaku DAP Pahang mula berpecah, ada yang sokong LIM dan ada yang tidak. Melaka sudah sampai jadi Adun Bebas. Di Perak mereka bertelagah sesama sendiri. Di Johor sampai ada yang tak mahu datang program.
Akhirnya mereka yang melawan sudah berani keluar taring tatkala Guan Eng dalam keadaan lemah dan rapuh macam biskut merry.
K7L : DAP akan adakan pemilihan jika Guan Eng didapati bersalah?..
0 ulasan:
Post a Comment