04/05/2018

#DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #SinsOfMahathir




Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). 


BMFL adalah anak syarikat BBMB, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNBmalah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB.


Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. 


BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!


Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982 hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. 


Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? misteri!. Akhirnya Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.

Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya. Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu.

Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!




Sumber : Captain M

0 ulasan:

Post a comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk