13/12/2017

Pecah Tembelang Punca Kit Siang Marah Pada Puad? @tunfaisal



1. Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Dr Hj Mohd Puad Zarkashi bertajuk "PRU KE 14; BN LAWAN CALON PM LIM KIT SIANG. PAU UMNO 2017 MENJADIKAN DIA DAN DAP CACING KEPANASAN" telah mengakibatkan Lim Kit Siang benar-benar melenting sehingga dia membuat kenyataan balas.

2. Ada tiga sebab kenapa Kit Siang menjadi ibarat cacing kepanasan, PERTAMA, kerana tembelang dia mahu menjadi Perdana Menteri pecah. KEDUA, kerana ahli UMNO dan orang Melayu/Bumiputera diingatkan tentang kemusnahan dan bencana yang bakal diakibatkan oleh Dap di bawah Dinasti Lim jika Pakatan berjaya memerintah. KETIGA, kerana pembohongan Dap dan Pakatan selama ini telah didedahkan.

3. Kit Siang memulakan kenyataannya dengan pembohongan, iaitu gaji Puad lebih tinggi daripada menteri kerana beliau hanya perlu melapor kepada Perdana Menteri dan mempertahankan Perdana Menteri. Kenyataan ini adalah pembohongan yang nyata kerana seluruh institusi perkhidmatan awam mengetahui bahawa GAJI MENTERI LEBIH TINGGI daripada pegawai yang digajikan secara kontrak 'for service' dan menerima gaji secara 'lump sum'. Kit Siang juga jelas berbohong kerana apabila mengulas ucapan Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO, Puad melakukannya di atas kapasiti Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan bukan sebagai Ketua Pengarah JASA seperti yang didakwa. Ini hanya salah satu contoh pembohongan Kit Siang dan Dap, tidak termasuk pembohongan yang lain seperti dongeng 40,000 pengundi Bangladesh, 'black out semasa pengiraan undi' dan lain-lain pembohongan lagi, termasuk yang berkaitan 1MDB.

4. Benarkah Kit Siang tidak mahu menjadi Perdana Menteri? Umum mengetahui bahawa Penasihat dan Ketua Jawatankuasa Polisi dan Perancangan Strategik Dap ini mempunyai pengaruh yang sangat besar termasuk melalui anaknya Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung Dap.

5. Terbaru 100 orang ahli Dap Nibong Tebal keluar parti kerana berasa tidak selamat di bawah pentadbiran Dinasti Lim. Dalam kenyataannya, bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat mengakui sudah beberapa kali mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu menjadi Perdana Menteri. Perkara ini bukan mustahil kerana DAP boleh menuntut hak ini jika Dap menguasai lebih banyak kerusi-kerusi DUN di negeri seperti di Pulau Pinang dan Selangor sehingga menjadikan mereka berkuasa di negeri-negeri tersebut, serta berdasarkan hujah bahawa gabungan parti Pan, Ppbm dan Pkr hanya mampu menarik sokongan 30 peratus pengundi kaum Melayu dan baki 70 peratus adalah undi kaum Cina yang majoritinya diusahakan oleh Dap.

6. Adakah Kit Siang dan Dap bukan ancaman kepada orang Melayu/Bumiputera dan umat Islam? Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, mendakwa Deklarasi Setapak 1967 adalah perancangan jangka panjang DAP untuk menolak Bumiputera selain merancang mahu menjadikan pemimpin bukan Bumiputera sebagai Perdana Menteri sekiranya berjaya mentadbir negara. Sikap, tuntutan dan penentangan Dap terhadap dasar, agenda, program dan institusi Bumiputera selama ini membuktikan kenyataan Zulkifli ini benar.

7. Begitu juga sikap Dap terhadap agama dan institusi Islam selama ini membuktikan ancaman parti ini terhadap Islam adalah benar. Dalam perlembagaan Dap sendiri menyebut bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah "dokumen sekular dan antara matlamat Dap adalah untuk mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal", iaitu suatu perkara yang menafikan kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan dan peranan serta pemgaruhnya dalam penentuan dasar, program serta aturan-aturan tertentu di dalam negara.

8. Sudah tentu Kit Siang tidak senang hati apabila Puad membangkitkan pula tentang hasrat DAP mahu menjadikan orang Kristian sebagai Perdana Menteri. Walaupun Dap menafikannya, Puad menegaskan bahawa bekas ahli Dap, iaitu Razali Abdul Rahman, orang Melayu yang pernah menjadi orang kanan Lim Guan Eng, telah membuat laporan polis mengesahkan dakwaan ini dan mengakui bahawa beliau sendiri hadir dalam pertemuan paderi paderi yang turut di hadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong YB Jeff Oii.

9. Tidak perlu Kit Siang berlakon seolah-olah sangat prihatin mengenai soal tadbir urus dan kleptokrasi kerana negeri yang ditabdir Dap dan anaknya sendiri telah ditadbir dengan begitu teruk dan anaknya sendiri didakwa at atas kesalahan rasuah. Keprihatinan palsu Kit Siang ini juga jelas apabila dia sanggup bekerja sama dengan 'kleptokrat sebenar' yang pernah didakwa oleh Kit Siang sendiri telah mengakibatkan negara hilang berbilion ringgit akibat "skandal Forex Bank Negara" dan yang mengamalkan nepotisme serta kroni kapitalisme sehingga anak-beranaknya boleh menjadi begitu kaya dalam masa yang singkat.

10. Keprihatinan Kit Siang terhadap demokrasi juga hanya sandiwara semata-mata kerana di dalam parti Dap, pemilihan jawatankuasa pusat telah diserang sebagai suatu proses yang tidak demokratik dan melanggar peraturan. Manakala dari aspek pentadbiran parti, bekas ahli Dap sendiri, Tan Beng Huat menyebut, "dia (Kit Siang) bukan sahaja tidak bertolak-ansur, dia juga diktator. Cuba lihat apa yang dia dan anaknya lalukan terhadap mereka yang menentang".

11. Tidak perlu menegakkan benang yang basah, apa lagi yang Kit Siang hendak bohongi?

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

K7L : Kit Siang apa khabar Gelang Patah?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk