09/12/2015

Parti Amanah Tak Sampai Setahun Dah Pecah 3?



Sebenarnya belum sampai tempoh matang pun sudah ada macam-macam cerita pasal Parti Amanah Negara. Rasanya tahun 2015 ini memang tahun badi bagi Presiden Parti apabila Timbalan Presiden mereka bermasalah.

Hanya satu Timbalan Presiden sahaja yang berjaya menggulingkan Presiden mereka. Itu kena tanya MIC kenapa Palanivel masuk PKR selepas disingkirkan daripada MIC. Kita lihat PKR Azmin juga melawan Wan Azizah. PAS baru pulih selepas Timbalan Presiden mereka yang lalu kalah dan tubuhkan PAN.

 Tidak dinafikan UMNO juga ada masalah dalaman. Namun begitu UMNO, MIC dan PAS sudah lama dalam arena politik. PKR baru nak matang tapi baru belajar merangkak tetapi berlagak dah boleh melompat berlari.

Berbeza dengan Parti Amanah Negara yang diupah oleh DAP untuk melawan PAS. Tak sampai setahun pun lagi, dah mula bergolak? Haaaaa! Inilah masalah yang akan timbul jika dikumpulkan sekumpulan manusia yang bersifat sama iaitu 'Gilakan Kuasa'.

Kini Timbalan Presiden PAS mempersoalkan kenapa kenyataan ISIS dikeluarkan. Naib Presiden pula tanya berapa Syiahnya Mat Sabu. Maka benarkah kata Norani AbgMarzuki BangiKuching yang mengatakan disebabkan isu itu, PAN kini berpecah kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan Mat Sabu (Presiden), Salahuddin (Timbalan) dan Ustaz Hasanudin Mohd Yunus (Naib Presiden).

K7L : Tak lama lagi lingkup PAN ni..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk