29/12/2015

Gadis Melayu Jadi Tunggangan Mat Afrika - Hati-Hati!



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan adanya wanita Malaysia yang sanggup menjadi isteri kepada penuntut Afrika bagi melayakkan lelaki asing itu mendapatkan taraf kerakyatan dan memiliki lesen premis di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata lesen itu adalah hak warga Malaysia tetapi digunakan penuntut Afrika yang mengahwini wanita tempatan.

Justeru itu, beliau meminta kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan memberi kerjasama untuk mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan lesen premis berkenaan.

Semasa mengulas kebanjiran rakyat Afrika di negara ini dan cadangan memperketat syarat kemasukan pelajar negara itu ke Malaysia, beliau berkata ada penuntut Afrika yang menyalahgunakan visa pelajar untuk melakukan aktiviti jenayah di negara ini.

"Mereka (mendaftar) masuk di pusat-pusat bahasa di negara ini, tetapi tidak belajar...mereka menjadikan tempat kediaman mereka sebagai makmal memproses dadah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016 Ekonomi Keutamaan Kita anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) di sini, Isnin.

Selain itu, katanya Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) turut menangkap beberapa warga Afrika di negara ini.

Namun, Ahmad Zahid berkata adalah tidak adil menuduh semua penuntut Afrika di negara ini sebagai penjenayah kerana hanya segelintir daripada mereka yang terbabit dalam kegiatan jenayah. - Bernama

Sebenarnya kita semua masih belum nampak kesan sebenar kebanjiran mereka ini. Samseng dan menjual dadah dengan bebasnya. Mungkin ada segelintir yang benar-benar baik dan datang untuk belajar dan bekerja.

Namun lebih ramai yang datang untuk berfoya-foya dan membuat duit secara haram. Cara paling mudah untuk membantu menangkap mereka adalah dengan membuat laporan polis sekiranya ada sebarang aktiviti mencurigakan termasuk melihat anak-anak gadis Melayu bersama dengan kelompok mereka.

Terlalu banyak kes keldai dadah dan hamba seks telah kita dengar. Takkan mahu kena pada anak cucu kita baru kita mahu bertindak? Jadilah rakyat Malaysia yang bijak dan prihatin.

K7L : Iran masuk bawak syiah.. Mat Afrika masuk bawa dadah dan cinta palsu?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk