Masihkah kamu semua ingat tentang kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang telah menabur janji manisnya untuk menghapuskan tol di Sungai Nyior di negeri itu sejurus selepas menang?
Janji Lim itu dibuat sebelum Pilihan Raya ke-12 (PRU 12) yang berkata sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Pulau Pinang, dalam masa lima tahun beliau akan menghapuskan tol di Sungai Nyior.
Namun sehingga kini, kira-kira 8 tahun berlalu, janji itu hanya tinggal janji sahaja. Setelah 8 tahun masihlagi kekal malahan siap naikkan tambang tol lagi. Kalau begini gayanya DAP, susah betul nak tunaikan janji.
Kalau 8 tahun pun masih belum setel janji. Agak-agak apa yang akan jadi pada negara kalau beri peluang pada DAP? Sebab itu Keris nasihatkan jangan sesekali ingin 'cuba' tukar kerajaan.
Kalau tukar maka anda semua akan hidup ditindas oleh DAP. Tengok sahaja di Singapura dan jadikan contoh. Bumiputera ada nasib yang baik disana? Kerjalah kamu sampai kamu mati dan tidak kaya-kaya.
K7L : Marah pun biar berakal...
Dakwaan Terbaru WSJ - 1MDB Bayar $850 Juta Kepada Syarikat Yang Namanya MIRIP Syarikat Kepunyaan IPIC
ReplyDeleteSatu lagi fitnah terbaru dari WSJ berkaitan isu 1MDB khususnya berkaitan pembayaran dana kepada IPIC yang sebelum ini didakwa oleh WSJ tidak diterima oleh IPIC padahal pihak 1MDB berkeras kata semuanya ada dalam rekod akaun.
Kali ini WSJ mendakwa 1MDB ada membuat pembayaran USD850 juta tahun lalu kepada sebuah syarikat offshore yang ditubuhkan supaya namanya mirip kepada syarikat yang dimiliki oleh IPIC.
Menurut WSJ, 1MDB bayar kepada Aabar Investments PJS Ltd yang namanya hampir sama dengan syarikat milik IPIC/Aabar iaitu Aabar Investments PJS.
Menurut dakwaan WSJ kali ini, kerana itulah makanya 1MDB kata dah bayar tapi IPIC kata tak terima pun !
Bayaran dipercayai berkaitan Option IPIC.
Hmmmm ...... disebalik apa yang dikatakan sebagai 'puluhan kali penjelasan' yang telah diberikan oleh 1MDB dan Najib mengenai isu 1MDB, tidak ada satu pun menjelaskan sepenuhnya Option IPIC. Berapa jumlah yang 1MDB kena bayar untuk tebus, berapa yang sudah dibayar dan berapa bakinya ?
Saya copypaste artikel WSJ itu di bawah untuk sama2 kita nilaikan kesahihannya ..... diharap pihak 1MDB seperti biasa, akan segera tampil beri penjelasan dan bukan mengelak ( seperti biasa juga )