11/12/2015

Sokong Selangor Masa Final = Sokong PKR?



Esok Stadium Shah Alam akan digegarkan dengan lagu Merah Kuning. Misi 33 Selangor mungkin akan tercapai esok sekiranya Lang Merah dapat dijinakkan. Sememangnya Keris menyokong penuh Pasukan Selangor yang akan berentap setelah sekian lama tidak berada di Pentas Final.

Apa yang tidak menarik untuk perlawanan ini adalah provokasi kurang sihat oleh beberapa penyokong. Baik Selangor mahupun Kedah. Dua-dua sama sahaja. Sangat tidak menarik sebenarnya jika Parti Politik dijadikan sandaran untuk sesebuah pasukan bola sepak.

Tak ada istilah Pasukan Selangor - Azmin Ali - PKR melawan Pasukan Kedah - Mukhriz Mahathir - UMNO. Kerana penyokong bola sepak ini tidak terbatas kepada agama, umur, bangsa, ideologi dan rupa.

Tak seronok juga situ kutuk sini. Sana kutuk situ. Isunya sekarang kedua-dua pasukan perlu ada 'Fair Play' dalam memberi sokongan. Isu politik dengan bola sepak kalau boleh dijauhkan.

K7L : Selangor merancang kejayaan...

1 ulasan:

  1. 3 ekor lembu ni nk nyesatkan aqidah orang lg. Berambus korang dari blog ni. Kita orang x perlukan bantuan korang kt sini. Setannn..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk