03/12/2015

Nik Abduh Kecam Mat Sabu - Lebih Baik Diam Sebelum Didedahkan Rahsianya?



Tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu yang mendakwa PAS diresapi ideologi militan I.S atau pengganas Daesh adalah langkah terdesak bagi mengembalikan karier politiknya yang kini ibarat telur di hujung tanduk.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata Mohamad atau Mat Sabu sudah tidak ada modal untuk menjatuhkan PAS sejak beliau keluar daripada parti itu dan membentuk Amanah.

"Selepas krisis perpecahan ini (PAS-Amanah), semua tahu bahawa PAS kekal dengan dasar dan polisinya, dan parti serpihan ini (Amanah) pula terpaksa mencari hujah, yang bagi saya terlalu mudah ditolak bukan oleh PAS saja, bahkan oleh rakyat.

"Isu takfiri (mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan) ini adalah hujah pada tahun 80-an yang pernah digunakan UMNO, tapi sekarang UMNO juga sudah tidak menggunakan hujah itu kerana mereka tahu PAS membawa Islam sebenar.

"Dia (Mat Sabu) nak buktikan, buktikanlah, tapi saya yakin dia tidak mungkin dapat buktikan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Mat Sabu bahawa PAS diresapi ideologi IS hingga tersubur budaya takfiri selain menjadi punca tertubuhnya Amanah.

Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata PAS tidak pernah menyokong perjuangan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin yang menyertai kumpulan itu di Syria hingga terkorban.

"Kita tidak tahu pemergiannya ke Syria. Anggota dan parti sendiri tidak pernah sokong. Walaupun kita menolak rakyat Malaysia berjuang ke sana kerana itu bukan polisi PAS, saya dan ahli PAS mendoakan supaya perjuangan dia diterima.

"Itu benda biasa, orang UMNO meninggal, kita doakan, orang PAS meninggal, orang UMNO doakan, itu untuk orang mati, kita doakan sesama Muslim supaya diterima oleh Allah," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan Mat Sabu itu, bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata dia tidak pernah mendengar kewujudan anggota PAS yang terlibat dalam ideologi militan itu sepanjang beliau menjadi anggota parti tersebut.

"Ini adalah perkara baharu dan pihak yang menuduh (Mat Sabu) serta polis perlu membuktikan dakwaan itu sama ada benar atau sebaliknya," katanya -- BERNAMA


Semalam Keris ada menulis artikel yang mana Mat Sabu menuduh PAS 'terkait' dengan fahaman ISIS di SINI. Nampaknya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bersuara memberi amaran kepada Mat Sabu yang kini sedang terumbang ambing kedudukannya dalam arena politik.

Mat Sabu dilihat terlalu terdesak untuk disokong dan meraih sokongan untuk memastikan kerusi Parlimen untuk dirinya tersedia pada PRU14. Namun begitu musuh utamanya iaitu PAS berjanji tidak akan membenarkan mana-mana lagi ahli Amanah yang mengkhianat untuk terus mempunyai kerusi pada PRU14 kelak.

Apapun melalui satu sumber yang amat Keris percayai. Puak PAS sedang mengumpulkan maklumat dan bahan yang penting untuk mendedahkan salah laku para pemimpin Amanah ketika mereka berada di dalam PAS.

Penyelewengan akan terdedah menjelang PRU14 ataupun sebelum? Persoalannya siapa yang yang terkena kelak. Kini Mat Sabu dan konco-konconya bersedia untuk menerima 'dosa-dosa lama' untuk menjadi tatapan umum?

PAS selama ini pun tanpa PKR, Amanah dan DAP masih berjaya memerintah Kelantan daripada dirampas oleh UMNO. Satu soalan Keris, apakah PKR mampu kekal di Selangor dan DAP kekal di Pulau Pinang tanpa PAS? 

K7L : PAS bersedia lawan Amanah dan DAP habis-habisan..

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah akhirnya Allah SWT akan buka aib mereka sesama sendiri.. dulu bukan main hina dan fitnah UMNO siang mlm dlm tiap2 malam ceramah PAS di markaz2

    Sehingga kaki betina dan pengikut tegar Syiah mcm Mat Sabu ini pun di julang naik oleh mereka.. nah skrg baru org2 PAS padan muka.. itu masih sikit..

    mintak doa Allah SWT hancurkan PAS selumat2nya.. krn merekalah fitnah besar pd Islam dan berlaku perpecahan besar Melayu Islam.. kebencian yg ditanam beluap2 berketrunan sukar nk dihapuskan..

    Allah MAha Kuasa.. biar hancur PAS sesama mereka. Di tapis makhluk yg baik2 shj baru kita kawan!!

    ReplyDelete
  2. masa mat sabu kantoi di hotel perdana KB.. bukan main lah juak2 PAS ni maki hamun UMNO kunun UMNO lah perangkap mat sabutoh nih!

    pdhal tuan tubuh tu sendiri yg kaki betina..melangkah masuk ke bilik hotel..tu apakah umno yg suruh masuk atau angkat dia masuk jumpa betina kt hotel?

    lepas tu isu Syiah.. selama berpuluh tahun PAS mnjd pelindung dan perisai kpd Syiah dan Mat Sabu.. PAS dikira sesat dan wajib di hapuskan.. mereka tak layak utk guna katakan mereka jemaah Islam.. mereka sbrnya jemaah gol munafik dan kufur pd Tuhan..


    PAS laknatullah..semoga hancur bersama Pakatan Haram!

    ReplyDelete
  3. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI ALIH,,di no (((0823 1366 9888)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....




    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..


    Solusi yang tepat jangan anda putus asah.... AKI ALIH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI ALIH: (((0823 1366 9888)))

    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D


    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/


    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/


    angka GHOIB; malaysia


    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


    angka GHOIB; laos

























    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk