11/12/2015

DAP Ini Umpama Virus - Tak Setia Dan Cuba Jadi 'Raja'


 

Benar apa kata Presiden UMNO ini. DAP ini sememangnya tidak pernah setia. Ini bukan kali pertama DAP bergabung kemudian berpecah. Kali pertama rasanya ketika mereka bergabung dengan parti Gerakan.

Selepas berpecah, tidak lama selepas itu DAP membentuk Gagasan Rakyat yang akhirnya kecundang pada tahun 1996 selepas ianya ditubuhkan pada 1989. Terbentuk pula Barisan Alternatif yang dibuat untuk mengambil 'untung' Anwar Ibrahim masuk penjara namun gagal.

DAP buat lagi Barisan Rakyat yang ditukar kepada Pakatan Rakyat selepas Anwar dibebaskan. Kecundang lagi apabila DAP mula nak buat kepala, bertekak dengan PAS. DAP upah orang PAS yang kecewa tubuh Amanah.

Maka Harapan Baru pula terbentuk tanpa kehadiran PAS. Ini semua merupakan bukti bahawa DAP memang tidak layak untuk bergabung. Mereka hanya mahukan kuasa semata-mata. 

Dan sejak daripada dulu lagi gabungan mereka akan berpecah selepas DAP dilihat ingin memonopoli kuasa dan merasa diri mereka lebih bagus daripada parti yang lain.

K7L : Lidah bercabang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk