18/12/2015

Fitnah Kedua YaPEIM Yang Dijawab #RafiziPemfitnah #MusuhIslam




NGO National Oversight & Whistleblowers (NOW) yang diterajui oleh dua pemimpin PKR, Rafizi Ramli dan Akmal Nasir tidak berputus asa untuk menjatuhkan kredibiliti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Dalam fitnah terbaru mereka, NOW mempertikaikan kewujudan Pusat Sukan Input Golf Simulator yang dimiliki oleh YaPEIM.

Cumanya, kali ini bahasa fitnah mereka dilakukan dengan penuh berhati-hati dengan menimbulkan persoalan. Ini berkemungkinan besar untuk mengelakkan NOW sekali lagi disaman. Namun, tujuan NOW mudah dihidu iaitu untuk mengaibkan YaPEIM kononnya membazir menjalankan program sukan golf menggunakan wang penderma.

Persoalan dan fitnah NOW amat mudah untuk dirungkai. Program Golf Amal YaPEIM adalah satu kaedah mengumpulkan sumbangan dari sektor korporat di negara ini, telah berjaya mengumpulkan RM18 juta sejak program ini diperkenalkan pada tahum 1997. Program ini diperkenalkan bukan sahaja memberi faedah kepada YaPEIM dari segi menerima sumbangan, bahkan juga dapat meningkatkan lagi jaringan perniagaan YaPEIM dengan pemimpin korporat dalam negara.

Program Golf Amal YaPEIM merupakan sebahagian daripada Skim Korporat Penyayang yang diwujudkan untuk mengumpul dana untuk disumbangkan pula kepada program amal jariah untuk ummah. Dalam penganjuran golf amal yang dianjurkan pada 29/09/2013 telah dapat mengumpulkan sumbangan sebanyak RM247,000.

TS Muhyiddin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri (waktu itu) dan DS Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyertai Kejohanan Golf Amal anjuran bersama Al Rajhi Bank – YaPEIM. Dalam program berkenaan, antara syarikat korporat yang sudi menyumbang kepada Skim Korporat Penyayang YaPEIM ialah Al Rajhi Bank, Kuwait Finance House, Bank Muamalat (M) Berhad, Bank Islam (M) Berhad, UEM Group Berhad, South (M) Industries Sdn. Bhd, Island & Peninsular, Fujixerox, Ericool Engineering, Khairul A & Co, Seri Meraga Properties, DBKL, MPH, TH Plantation, Jahowaki dan lain-lain.

Skim Korporat Penyayang merupakan salah satu skim yang diperkenalkan YaPEIM bertujuan menyediakan wadah kepada masyarakat khususnya pemimpin dan Badan Korporat menunaikan tanggungjawab sosial koporat atau 'Corporate Sosial Responsibility' (CSR) dengan cara membiayai / menaja mana-mana program / skim yang dilaksanakan oleh YaPEIM. Menariknya, semua sumbangan atau tajaan akan mendapat pengecualian cukai di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai.

Skim ini telah dilancarkan semula pada 01/12/2000 oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri (ketika itu) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam (JAKIM) Kuala Lumpur. Pelancaran itu dibuat bersempena dengan pelancaran “Kempen Sebulan Beramal Jariah Peringkat Nasional” dan pelancaran “Skim Amal Jariah YaPEIM”. Oleh itu, apa-apa sahaja yg dibeli utk tujuan berkenaan hanyalah wasilah. Termasuklah simulator dan sebagainya.





 


K7L : Apa untung mereka dapat daripada fitnah?..

1 ulasan:

  1. tak habis habis suku sakat Dajal nih....anti sungguh dgn melayu & islam..

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk