22/07/2015

Komen Seorang Rakyat Buat Rakyat Malaysia Lain Yang Tak Reti Bersyukur?


 

Mesti pelik kenapa Keris pilih komen sebagai artikel hari ini. Ya. Keris hanya ambil yang positif sebab ada betulnya komen tersebut. Semua ini relevan dan sangat tepat. Mungkin yang terasa akan marah lebih.


Baca dan fahami. Kat bawah ini punca mengapa komen tersebut boleh keluar.

1. Pertumbuhan Malaysia semasa Kemelesetan Ekonomi Dunia adalah sesuatu yang luar biasa.

Antara tahun 2009 dan 2014, pendapatan kasar Negara meningkat kepada 47.7 peratus. OECD menjangkakan bahawa ekonomi Malaysia akan meningkat kepada 5.6 peratus setiap tahun. Sebaliknya, pakar ekomoni melaporkan bahawa “Suruhanjaya Eropah meramalkan pertumbuhan pada 2015 iaitu 1.5 peratus dimana ianya menjadi kawasan pengeluaran terbaik Euro sejak 2011”. Ini bermakna Malaysia semakin berkembang pada kadar empat kali ganda dan ianya merupakan antara ekonomi terbaik di dunia.

2. Pertumbuhan ini didorong oleh Pertumbuhan Pelaburan Swasta yang kuat.

Pada 5 tahun yang lalu, pertumbuhan pelaburan tahunan telah menjangkau 2.5 kali lebih daripada tahun sebelumnya. Bukan itu sahaja, setiap tahun, jumlah pelaburan telah mencapai rekod baru untuk Malaysia. Sebahagian besar daripada pelaburan ini adalah daripada sektor swasta. Ini menunjukkan keyakinan sektor swasta dan asas yang kukuh dalam ekonomi Malaysia.

3. Pengurangan Kadar Defisit adalah seperti yang dirancang

Pembaharuan kewangan Malaysia telah berjaya dilaksanakan, dengan defisit kewangan berkurang untuk 5 tahun yang lalu, sementara mengekalkan hutang awam pada hanya 53% daripada GDP. Kadar hutang awam ini adalah pada kadar yang jauh lebih rendah daripada beberapa negara seperi US, UK, Perancis, Jepun dan Singapura. - Sambung Baca SINI

K7L : Ramai lah meroyan kalau baca...

7 ulasan:

  1. Agak-agak berapa ramai orang kaya yang tak bayar cukai berbanding rakyat biasa sebelum GST dulu. Boleh tolong kira duit sapa buat bayar subsidi tu. Jadi tak salah kalau di orang ambil balik sikit cukai yang dah dibayar untuk isi minyak kereta di orang. Kalau itu alasan saya rasa tak masuk akal sangat.

    ReplyDelete
  2. 6 fakta yang membuktikan rakyat malaysia berada dalam keadaan selesa;

    1.Ringgit malaysia Jatuh - Kejatuhan nilai mata wang Ringgit Malaysia menyebabkan rakyat semakin miskin berikutan kuasa beli menurun ekoran kenaikan harga barangan.

    2. Kos sara hidup meningkat - Kos sara hidup semakin meningkat tetapi gaji masih kecil.Org kaya mungkin ckp peningkatan xbnyak dan kne bersyukur.

    3. Harga Barang Naik - bile kos meningkat, harga barang akan naik..so nape salahkan pniaga naikkan harga barang??

    4.Tol Naik- Manifesto Pru 13 BN prnh berjanji untuk menurunkn kadar Tol secara berperingkat..Janji telah dicapatikn

    5.Minyak Naik - setiap kali minyak naik barang pon pasti naik dan xpnh turun..Rakyat yg miskin terus terbeban dan hanya mengharapkn brim stahun bape kali je..itu pon rakyat miskin turut dikenakan GST!!

    6. Rakyat naik hangin satu badan - Kerajaan harini Korup dan tidak banyak manfaat yg rakyat terima.Ingat Najib Ingat Money Is King.

    Lihat dengan mata hati bukan dgn kepala lutut

    Rakyat selalu dimomokan bersyukur hidup di malaysia tetapi kes Jenayah ada di mana-mana sahaja.

    ReplyDelete
  3. Kalau kadar muflis bersama dgn kadar jenayah meningkat adakah kita boleh teruskan hidup dgn lebih bahagia? kita xdak masalah nak hidup berserdahana tetapi soal ancaman keselamatan termasuk dgn soal selalu ditipu oleh golongan2 yg terdesak ni ...mcm mana kita nak hidup lebih harmoni?
    bila kita berkumpul dgn sanak saudara masa raya nih berapa banyak citer yg positif kita dengar berbanding dgn negatif? point saya ...thers something wrong dgn pentadbiran negara nih. indication yg bagus diberikan oleh global view hanya memberikan kelebihan kepada golongan2 yg tertentu saja ...bukan utk semua. contoh negara yg atas kertas dia baguih ...india n brazil lah. itu ka model kita sekarg ni?

    ReplyDelete
  4. Tu sebab kena banyak istiqamah dan bersyukur. Lebih kan amal ibadat dan kerja dengan ikhlas, berdoa kpd Allah, insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. kite bukan saja perlu istiqamah dan bersyukur..malah kite juga perlu berdoa dan berusaha untuk mengubah sesuatu..so kerajaan harini lebih menyusahkan rakyat..jadi kite perlu ubah

    ReplyDelete
  6. Setelah istiqamah , buatlah keputusan. Nyatakan keputusan tuan pada PRU akan datang. Itulah namanya demokrasi.

    ReplyDelete
  7. Dunia hanya pinjaman...duit tak boleh bawa ke mati....bersyukur lah dengan rezeki ALLAH SWT...ALHAMDULILLAH!!!....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk