Muahahaha! Berbagai serangan telah dibuat. Tidak kira bulan Ramadhan atau bulan lain. Mereka tetap menyerang PAS. Siapa? Sudah tentu mereka yang telah tumpas pada pemilihan PAS yang lalu.
Sehingga hari ini mereka kekal membuat roadshow untuk mendapat :
1. Sokongan ahli-ahli PAS
2. Untuk memastikan undi PAS berkurangan
3. Untuk menjadikan parti baru yang ditubuh disokong berbanding PAS.
Sebab itu ada yang sampai tuduh PAS telah dipengaruhi ISIS. Lawaknya dia tuduh PAS politik jentik-jentik walhal dialah nyamuk aedes penghisap darah ketika pegang jawatan dalam PAS.
Sama juga daripada Timbalan Presiden PAS.. Opsss.. Bekas Timbalan Presiden PAS yang digulingkan dengan malunya ketika pemilihan. Dia berjalan seluruh negara kata PAS kini bersekongkol dengan UMNO.
Dia tuduh PAS beri nafas pada UMNO walhal PAS tak ada kena mengena dengan UMNO. Kalau nak berjumpa orang PAS-UMNO tak boleh, itu dah lain. Apapun ucapan 'Sekarang kita lawan mereka' telah terpacul dari mulut Mat Sabu. Siapa 'Mereka' itu? PAS sudah tentunya.
K7L : Siapa cabar siap sekarang ini?..
ASSALAM BRO,MEREKA YANG TUMPAS DALAM PEMILIHAN PAS YANG LALU SEBENARNYA DAH TERBAYANG AKAN TAK JADI WAKIL RAKYAT PADA PRU 14 NANTI.SEBAB TU MEREKA MEROYAN.MEREKA MENANG PUN ATAS TIKET PAS.
ReplyDelete