ini.
Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim berkenaan termasuk denda sehingga RM100,000 dan penjara bagi individu serta denda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM50,000 bagi syarikat.
klik untuk besarkan imej
Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 :
- Gula
- Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
- Garam
- Simen dan klinker
- Tepung gandum
- Minyak masak
- Baja
- Racun serangga
- Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah
- Bar bulat keluli lembut
- Minyak tanah
- Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
- Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)
- Padi (Sabah sahaja)
- Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred
- Bahanapi diesel
- Gas petroleum cecair (LPG)
- Semua jenis roti
- Minyak bahanapi
- Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)
- Kayu Getah
- Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)
Pengguna juga boleh mengikuti perkembangan semasa harga lebih 100 barangan keperluan pengguna di seluruh negara melalui aplikasi Pricewatch. Pricewatch membantu pengguna merancang perbelanjaan secara bijak dengan membuat perbandingan harga dan mengetahui premis berhampiran yang menawarkan harga barangan berpatutan.
Melalui portal 1MPB ini, pelbagai informasi dapat dikongsi dan dimanfaatkan oleh pengguna di Malaysia. Jadilah pengguna bijak!
K7L : Kena bijak jadi pengguna..
0 ulasan:
Post a Comment