Meskipun perlawanan menentang Spurs hanyalah sekadar aksi persahabatan namun peminat dan penyokong skuad pilihan Malaysia mahukan aksi yang terbaik pada pertemuan ini
Bagi aksi menentang Malaysia, Tottenham Hotspur telah membawa beberapa pemain utama antaranya penyerang sensasi England, Harry Kane, Christian Eriksen, Erik Lamela, Nacer Chadli dan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris
Manakala skuad pilihan Malaysia dimantapkan oleh lima pemain import iaitu Ashfaq Ali, Paulo Rangel, Thiago Juninho, Robert Cornthwaite dan Guilherme De Paula
Kali pertama Tottenham Hotspur berkunjung ke Malaysia adalah pada tahun 1979 dengan menyaksikan pasukan itu menang 6-4 ke atas Selangor di Stadium Merdeka
KEPUTUSAN MALAYSIA VS TOTTENHAM 27.5.2015
Sumber : MySumber
Hebat! Bagus! Puihhh! Buat orang jelak nak tengok bola. Apa masalah pihak FAM yang sanggup 'lacurkan' baju Malaysia dengan membenarkan lima pemain import menyarung jersi tersebut hanya untuk bertempur dengan Tottenham Hotspurs?
Apa tak cukup baguskah pemain Malaysia? Sekalipun tak bagus mereka layak menyarung jersi Harimau Malaya yang menjadi KEBANGGAN RAKYAT MALAYSIA. Tersangat malu Keris bila tahu ada lima pemain import dibenarkan untuk bermain sebagai Pilihan Malaysia.
Amat memalukan, kalau kat negara lain, pihak pengurusan dah kena ludah sebab buat benda bodoh. Datuk Santokh Singh pun cakap yang keputusan membenarkan pemain import main adalah mengarut!
Jangan sampai dah tak ada orang nak tengok bola baru tahu. Jangan sampai orang bosan dengan pengurusan yang tak berubah baik dari dulu sampailah yang baru. Sama je dengan keputusan tak relevan.
K7L : Dah rasa janggal pakai Jersi Harimau Malaya.. rasa macam dah tercemar...
x tau psl bola diam je la...ko nak menyalak cm tau psl bola je...puihh
ReplyDeleteSaya cadangkan Liga M musim 2016 FAM membenarkan 11 pemain import dibawa masuk barulah pemain tempatan boleh menajamkan skill diposisi masing-masing dengan berada dibangku simpanan melihat pemain import beraksi.
ReplyDeleteMANA TAHU PEMAIN 2 IMPORT NI NANTI DI BAGI KERAKYATAN MSIA,,,INI TESTING JE...
ReplyDeleteFAM dengan kepinpinan yang sama maka keputusannya pun sama tak akan berubah masih tetap ditakuk lama.
ReplyDeleteSekadar perlawanan persahabat dan pertunjukan. Tak ada salahnya pun.. rata-rata yg menonton tu peminat luar (Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei) Biarkan lah.. Nama pun Pilihan Malaysia jadi tak semestinya rakyat/pemain Malaysia yg seratus peratus terlibat. Dah banyak kali Malaysia menentang kelab-kelab terkenal dunia & gunakan pemain kebangsaan tapi hasilnya tetap macam tu jugak.. bolasepak Malaysia tak ke mana pun.. Jangan marah kepada FAM.. ini hanya perlawanan pertunjukan je.. rileks le bro.. keh keh keh!
ReplyDeleteaku x sokong kalu pasukan kebangsaan main game semalam. sebab game tu lebih kepada promosi epl dan team spurs. memang elok kalau bersifat entertainment. baru semua org boleh enjoy. tiket pun bukannya murah.
ReplyDeletecuma yang aku x setuju bila team pilihan malaysia gunakan jersi kebangsaan. sepatutnya gunalah jersi yg baru ala2 limited edition utk dijadikan kenangan. lagi satu FAM x sepatutnya melibatkan coach dollah salleh dlm game ni. sebab dia coach pasukan kebangsaan bukan utk pasukan pilihan. lebih elok bagi peluang kat coach yg belum ada pengalaman melatih negara tetapi dah menunjukkan prestasi yg bagus di dalam liga tempatan.
Setuju dgn komen2 diatas... FAM masih kurang bijak (bangang)
kalo ada game mcm nie lai adakanlah kutipan suara rakyat Malaysia..undi player main..byk undi dia main..barulah nama team tue pilihan Malaysia..masukan undi dlm surat khabar..sekadar cadangan
ReplyDelete