25/05/2015

Calon Ketua Pemuda PAS Pusat Isytihar Tolak Hudud Jika PM Nak Laksana?



Saya Tentang Jika PM Nak Laksana Hudud Sekarang - Nik Abduh

Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.

"Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.

Menurut anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, PM tidak wajar melaksanakan hudud kerana masih banyak soal maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan.

"Bagaimanapun, kalau nak laksanakan hudud di Kelantan, iya saya setuju kerana sudah 25 tahun bersedia ke arah perlaksanaan hukum hudud. Sepanjang pentadbiran Tok Guru (Nik Aziz) Kelantan sudah buat banyak persediaan dan beri Kelantan peluang melaksanakannya kerana ia amanah daripada rakyat kepada Kelantan walaupun ketika demokrasi cacat sekali pun," ujarnya.

Menurutnya, Kelantan sudah banyak kali mencuba membentangkan enakmen syariah tetapi gagal tetapi kali ini Dewan Undangan Negeri meluluskannya.

Jadi, katanya, beri peluang kepada Kelantan melaksanakannya.

"Ini tidak, kecoh macam Malaysia hendak melaksanakan hudud. Hudud ni di Kelantan sahaja kerana kami sudah bersedia," katanya sambil menekankan selain kefahaman tentang agama perlaksanaan hukum Allah juga memerlukan kuasa pemerintahan untuk berbuat demikian.

Menurut Nik Abduh, sekiranya alasan Kelantan negeri miskin, masalah kemiskinan tidak akan selesai sepenuhnya hanya kerana mahu melaksanakan hudud. Sepanjang pentadbiran Kelantan, negeri itu telah banyak membuat perubahan bersesuaian dengan Islam seperti menggunakan bank Islam bagi urusan kewangan negeri dan ia akhirnya ditiru oleh Putrajaya.

"Kelantan laksana cuti dua hari seminggu, dulu kata orang Kelantan malas sekarang tiru malah Malaysia sekarang paling banyak cuti," ujarnya lagi. - MalaysiaGazette

Pada amatan Keris, apa yang Nik Abduh cakap itu ada betulnya. Sebelum nak laksana hudud ini memang kena buat macam-macam. Tak boleh pandang satu aspek sahaja. Banyak yang nak kena kaji dan tengok denga teliti.

Tak salah sekiranya Kelantan laksankan dulu kemudian menjadi model untuk sebarang penambahbaikan. Apapun kita doakan yang baik-baik sahaja untuk negara.

K7L : Untuk Islam, semua parti orang Melayu kena bersatu hati..

1 ulasan:

  1. Betul ke pendirian dia ni. Haji Hadi tolong ulas

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk