26/05/2015

Ajaran Sesat Atau Salah Tarekat? - Jangan Keliru Dan Dikelirukan!



Dari Abu Hurairah R.A. dan Sayyidina Ali R.A., Sabda Nabi S.A.W.: "Bermula syariat itu beberapa perkataanku dan bermula tarikat itu beberapa perbuatanku (amalanku) dan bermula hakikat itu beberapa hal ku (pendirianku) dan makrifat itu kepala hartaku (hasil perolehanku)"

Sabda Nabi S.A.W. lagi: “Syariat ialah kata-kataku (aqwali), tarekat ialah perbuatanku (a`mali) dan hakikat (haqiqah) ialah keadaan batinku (ahwali), Ketiganya saling terkait dan tergantung

Kata Tarikat berasal dari Bahasa Arab: (طرق), menurut makna bahasa Arab maksudnya:'jalan' atau 'method', atau 'cara', menurut istilah tasauf dalam Islam maksudnya:"kebenaran sejati cita cita Islam yang mempunyai roh yang ingin dicapai melalui pimpinan mursyid". Melalui praktik rohaniah dan bimbingan seorang pemimpin tarekat, calon penghayat tarekat akan berupaya untuk mencapai hakikat.

Tarekat yang ertinya ‘jalan’. Jalan yang dimaksud di sini adalah jalan untuk menjadi orang bertaqwa, menjadi orang yang diredhai Allah s.w.t. Secara praktisnya tarekat adalah himpunan amalan-amalan taqwa (lahir dan batin) yang bertujuan untuk membawa seseorang untuk menjadi orang bertaqwa.

Daripada dua hadis di atas, jelas dan terang sekali disampaikan pada kita bahawa tarekat itu adalah perbuatan Nabi junjungan S.A.W. Ini bermakna tarekat itu adalah sunnah Nabi S.A.W. Pengertian sunnah itu sendiri adalah percakapan, perbuatan, dan diam Rasulullah S.A.W. Segala amalan-amalan yang dilakukan oleh baginda, adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, untuk menjadi hamba yang sebenar-benar hamba, hamba yang punya rasa kehambaan, hamba yang sedar dan tahu bahawa dirinya adalah seorang hamba Allah, bukan hamba syaitan dan selain itu.

Sejarah juga mengajarkan kepada kita, tarekat itu sendiri menjadi amalan dan kehidupan para sahabat ketika kebangkitan Islam yang pertama. Para sahabat yang fanatik dan terlalu cintakan Nabi S.A.W., meniru dan menyalin peribadi Nabi kita S.A.W. demi menambahkan kecintaan pada Allah, kerana Allah itu sangat mencintai Nabi-Nya. Amalan-amalan tarekat yang diambil langsung dari Nabi S.A.W. itu menjadi kehidupan dan berjalan dengan baik selama 300 tahun, iaitu sepanjang zaman Nabi S.A.W., zaman khulafaur rasyidin, dan zaman salafussoleh. Pada tiga kurun ini, amalan-amalan tarekat tidak asing kerana segenap lapisan masyarakat mengamalkannya.

Namun selepas itu, Islam yang semakin berkembang dengan pesat ke 3/4 dunia dan umumnya amalan-amalan Nabi S.A.W. yang asas sahaja (seperti rukun Islam) yang menjadi amalan masyarakat umum Islam di ketika itu hinggalah sekarang. Amalan-amalan baginda yang tidak melibatkan ibadah asas, hanya diamalkan dan dikekalkan oleh kelompok-kelompok tertentu, yang akhirnya lahirlah kumpulan-kumpulan tarekat yang masih kekal hingga kini.

Diulangi semula di sini, tarekat itu bermula daripada amalan dan perbuatan Nabi S.A.W., samada ianya melibatkan amalan wajib mahupun sunat. Oleh kerana itu, tarekat ini juga terbahagi kepada dua, iaitu tarekat yang wajib dan yang sunat.

1. Tarekat Wajib, iaitu amalan-amalan wajib, baik fardhu ain dan fardhu kifayah yang wajib dilaksanakan oleh setiap muslim. Tarekat Wajib yang utama adalah mengamalkan rukun Islam. Amalan-amalan wajib ini insya Allah akan membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa yang dipelihara oleh Allah. Pakej Tarekat Wajib ini sudah ditentukan oleh Allah s.w.t melalui Al-Quran dan Al-Hadis. Contoh amalan wajib yang utama adalah solat, puasa, zakat, haji. Amalan wajib lain antara lain adalah menutup aurat, makan makanan halal dan lain sebagainya.

2. Tarekat Sunat, iaitu himpunan amalan-amalan sunat dan mubah yang diarahkan sesuai dengan 5 syarat ibadah untuk membuat pengamalnya menjadi orang bertaqwa. Tentu saja orang yang hendak mengamalkan Tarekat Sunnah hendaklah selesai mengamalkan Tarekat Wajib. Jadi Tarekat Sunnah ini adalah tambahan amalan-amalan di atas Tarekat Wajib. Pakej Tarekat Sunat ini disusun oleh seorang guru mursyid untuk diamalkan oleh murid-murid dan pengikutnya. Isi dari pakej Tarekat Sunat ini tidak tetap, tergantung keadaan zaman tarekat tersebut dan juga keadaan si murid atau pengikut. Hal-hal yang dapat menjadi isi Tarekat Sunat ada ribuan jumlahnya, seperti solat sunat, membaca Al Qur’an, puasa sunat, wirid, zikir dan lain sebagainya.

Sejarah Timbulnya Tarikat.

Perkembangan Tarikat dari masa ke semasa semakin meluas, semakin ramai pula yang berhasrat ingin mempelajarinya, demi mendapatkan hati yang selamat. Maka ramailah menemui orang yang memiliki pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam tarekat yang dapat mendidik roh mereka. Belajar dari seorang guru mursyid dengan method mengajar yang disusun berdasarkan pengalaman dalam suatu ilmu yang bersifat praktik adalah suatu keharusan bagi mereka. Hasilnya melahirkan graduan roh atau mereka yang punya hati yang selamat dibawa pulang ke akhirat.

Ditinjau dari sudut sejarah, bilakah tarekat nama yang mula-mula timbul sebagai suatu kelompok? Menurut Imam Al Ghazali yang menghalalkan tasawuf yang sebelumnya ia dikatakan sesat, tasawuf berkembang dari dunia Islam, tetapi perkembangannya melalui tarekat. Tarekat adalah organisasi dari pengikut sufi-sufi besar yang bertujuan untuk merealisasikan ajaran-ajaran gurunya. Ia merupakan gabungan antara Iman dan Islam dalam bentuk Ihsan.

Tujuan bertarekat adalah untuk melahirkan seorang muslim yang mukmin, yang bukan sahaja punya prinsip dalam beragama bahkan punya akhlak yang terpuji lagi tinggi, sesuailah dengan akhlak Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Orang yang bertarekat adalah orang yang ingin menyalin peribadi Nabinya, yang dengannya akan membuatkan dia mendapat pandangan Tuhannya.

Secara amaliyah (praktikal), tarekat timbul dan berkembang semenjak abad-abad pertama hijriah dikenali dengan kelompok ahli sufah yang berdasarkan pada Al Qur’an dan Al Sunnah. Sejak abad 6 dan 7 hijriyah (12 dan 13 M) tarekat-tarekat telah memulai jaringannya di seluruh dunia Islam, taraf organisasinya bermacam-macam. Perbezaannya yang pertama dari semua itu terletak pada disiplin dan zikirnya yang sangat Khusus dan tersusun dan teratur. Ia berkembang dan bersesuaian dengan keadaan di sesebuah tempat atau mengikut keperluan masyarakat di ketika itu.

Boleh sambung baca di SINI

Dan apa yang Keris nak bagitahu. Memang wujud pihak yang mengambil kesempatan dengan menggunakan nama Tarekat. Ada yang salah guna untuk dapatkan 'keagungan' seperti Ayah Pin.

Ada yang nak kan duit. Ada yang buat untuk seks. Macam-macam sangat. Sebab itu kena berhati-heti ketika menuntut dengan tarekat. Bukan tidak wujud yang benar. Ada sebab itu kena kaji betul-betul.

Tiada jalan pintas untuk ke syurga, nak syahid pun bukan senang. Tetapi jalan pintas ke neraka banyak caranya. Apapun bersyukurlah kerana menjadi Umat Muhammad. Segalanya diringankan dan taubat sentiasa terbuka selagi roh tidak ditarik sakaratul maut.

K7L : Tak ada istilah cuci dosa..

1 ulasan:

  1. Badiuzzaman Said Nursi selalu menyebut bahawa zamannya itu bukannya zaman tasawuf atau tareqat, tetapi adalah zaman bagi menyelamatkan iman.
    Tulisan-tulisan beliau dalam Risalah An-Nur yang masyhur itu bukanlah risalah-risalah sufi, tetapi ia berkaitan dengan persoalan-persoalan akidah. Beliau menulis : “Sesungguhnya aku andaikan sekiranya Syeikh Abdul al-Qadir al-Jaylani, Shah al-Naqshabandi dan Iman Rabbani sekiranya hidup pada zaman kita ini, nescaya mereka akan mencurahkan segala kemampuan mereka bagi memperteguhkan hakikat keimanan dan akidah islam.”

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk