05/06/2014

Ahli UMNO Punca Menteri Ditukar? Syabas @NajibRazak Dengar Suara Akar Umbi



Topik panas yang menarik, malah kenyataan ini akan membuat beberapa menteri tak boleh tidur malam. Dah tentulah menteri yang prestasinya tak menentu, akan dikeluarkan dari kerajaan Malaysia. Betul tak?

Baca dulu berita dibawah :

Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan, akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini. 

Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan. 

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet. 

Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet. 

Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri ‘yang masih kosong’ sejak pilihan raya umum lalu. 

Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri. 

Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu. 

Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet. 

“Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini,” kata sumber itu. 

Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri. 

Sementara itu, media akan memantau rapi apabila Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet. 

Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras. 

“Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini. 

“Adalah lebih baik pelantikan dibuat tidak lama lagi supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan,” kata seorang pemerhati.

Beberapa menteri berkata, di sebalik spekulasi satu rombakan akan berlaku, Perdana Menteri tidak bercakap mengenainya semasa mesyuarat mingguan diadakan. 

“Kami juga ingin tahu sama ada kita akan berada di dalam kementerian kami atau sekiranya kami akan diberikan portfolio baharu atau digugurkan,” kata seorang menteri yang tidak mahu dikenali. -mStar

Jangan PM termakan bodek pulak. Ramai dah boleh tukar. Dipersilakan. 

K7L : Yang dah tua sangat tu boleh angkat kaki dah..yang lama sangat pun sama..

3 ulasan:

  1. Ya ALLAH - bodohnya si puak Islam/Melayu LIBERAL! Awatlah YAB PM kita asyik dengak cakap penasihat LIBERAL mcm. ni?! Jgn. kita TERPERANGKAP - dgn. perancangan halus si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan nikan sgt penting utk kaum BUMIPUTERA, terutamanya umat Islam/Melayu - jadi aku syak ini telah diRANCANGkan dgn. amat halus, utk. MENJATUHkan Menteri Islam/Melayu YB Datuk Hassan Malek dan digantikan dgn. si DALANG-DUA-MUKA plg. merbahaya, si GerakanKAPIR! Lihat di http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2014/06/skandal-rm40juta-hassan-malek-mungkin.html , Skandal RM40Juta : Hassan Malek Mungkin Digantikan Dengan Mah, Oleh Sungai Rapat, June 3, 2014!

    Lagipun, MCAcing-GerakanKAPIR adalah DALANG-DUA-MUKAplg. MERBAHAYA! Tengoklah bagaimana P. Pinang telah lama dimusnahkan utk Bumiputera Islam/Melayu dr. sebelum DAPBANGKAI lagi!

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  2. Hrp2nya Mustafa Mohamad diturunkan yr. Aku rasa tertipu jr dgn perwatakan baik dia tu. Rasa keahlian UMNO aku dikhianati.

    Alkisahnya, menerusi org tgh tertentu
    Tok Mus ada terima sejumlah wang dr sorang Tokey Cina
    Bg kautim utk lepaskan Tokey Cina tu dr kena tindakan atas kesalahan Money Laundry. Bank Negara n Kastam dah serbu company Tokey tu

    Hrp2 x betul lah yr
    Bukan apa. Sbb Tok Pa ni nampak baik sgt. Kalau betul.. hmm

    Tambah lg koleksi org Kelantan. Bukan stkt rogol rmi2 jr

    ReplyDelete
  3. Rombakan perlu kerana beberapa kementerian memang lemah. Hanya mengisi jawatan dan bermain kuasa untuk kepentingan sendiri.

    Cuma rombakan tidak boleh menghakis kepentingan Melayu. Jika ini terjadi PM Najib masih mengulangi kesalahan pemilihan tokoh menteri yang tidak berkaliber, menjadi teraju utama kementerian terlibat. Bersifat liberal dan sekular, berbahaya kepada terma maqasid al syariah yang ingin di perkasakan beliau. Ia berlawanan, kelak bencana juga akhir nya.

    Jika benar ada rombakan, biar lah berpadan. Jika MCA dan GERAKAN kembali dalam kabinet, di harap parti-parti ini tidak menongkah arus seperti apa kita saksikan di mana suara mereka memang selari Dap.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk