Pagi tadi singgah Menara Dato Onn ambil barang. Kebetulan makan sekejap kat prot biasa. Tetiba Keris terdengar cerita pasal pejabat BN kotor sebab ada orang guna bilik untuk mesyuarat.
Semalam atau kelmarin tak pasti tapi samar-samar. Dengarnya ada meeting oleh salah satu sayap. Masalah yang timbul adalah keadaan bilik tersebut yang dilihat bersepah dan kotor sehingga ke bilik air.
Menjadi rungutan beberapa pihak. Nasihat Keris, kita masuk tempat orang ni kita jaga kebersihan. Itu paling utama, kemudian adab kita dengan orang yang berada di kawasan tersebut.
Apapun ini satu teguran membina. Muhasabah diri juga buat diri Keris. Kita ambil ini sebagai teladan buat kita.
K7L : Bersih dan Amanah kan bagus..
0 ulasan:
Post a Comment