06/03/2018

Selangor Guna Wang Pelaburan Kerajaan Pusat Raih Populariti Pemberian Air Percuma?



1. Kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR cuba meraih populariti dengan pemberian air percuma 20 meter padu, tetapi sebenarnya menggunakan wang pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutuan.

2. Matlamat asal Kerajaan Persekutuan adalah bagi melengkapkan proses penstrukturan semula industri bekalan air di negeri itu, tetapi gagal dilaksanakan. Wang pelaburan yang disalurkan itu pula sepatutnya dibayar semula secara tahunan kepada Kerajaan Persekutuan.

3. Ini dilakukan melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik 100% Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS) iaitu syarikat 100% milik kerajaan negeri, namun masih belum dilakukan hingga sekarang.

4. Berikutan itu, tindakan kerajaan Selangor yang selama ini menguar-uarkan kononnya mereka adalah negeri berkebajikan termasuk satu-satunya negeri yang memberikan bekalan air percuma kepada rakyatnya dianggap sebagai satu pembohongan.

5. Untuk rekod, dalam tempoh 2010-2018, Kerajaan Persekutuan sudah melabur lebih RM22.3 bilion untuk menyediakan infrastruktur bekalan air di Selangor.

6. Pelaburan besar yang disalurkan Kerajaan Persekutuan itu membolehkan pengguna domestik dan industri di Selangor menikmati 99% akses kepada bekalan air bersih dengan kadar tarif domestik yang rendah iaitu hanya 57 sen bagi 20 meter padu pertama atau kira-kira RM11.

7. Dengan kadar tarif domestik yang rendah itu, membolehkan kerajaan Selangor memberikan bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu yang dijadikan sebagai 'modal politik' untuk terus meraih sokongan rakyat pada PRU-12 dan PRU-13.

8. Hakikatnya, Kerajaan Persekutuan beri duit kepada kerajaan Selangor untuk ambil alih (semua aset air) tapi hasilnya, kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM14 juta sebulan bagi Program 20 Meter Padu Air Percuma yang dilihat tidak menyumbang kepada kemampanan jangka panjang bekalan air. Bahkan ia tidak hanya disasarkan kepada golongan penduduk yang berpendapatan rendah, sebaliknya golongan berkemampuan turut menikmatinya.

Perjanjian Belum Dilengkapkan

9. Untuk rekod, pelaburan disalurkan Kerajaan Persekutuan bernilai lebih RM14 bilion itu bertujuan membantu kerajaan Selangor melalui AIS mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air dan pinjaman kerajaan negeri, namun tidak dimanfaatkan kerajaan negeri yang belum melengkapkan perjanjian.

10. Apabila Kerajaan Persekutuan menyalurkan RM14 bilion untuk pengambilalihan 100% semua aset air berkenaan, kerajaan Selangor akan hanya ada satu syarikat sahaja iaitu AIS.

11. Kini, ekuiti (aset air berkenaan) telah dimiliki kerajaan Selangor, namun ekuiti itu (diperoleh melalui) duit Kerajaan Persekutuan. Sebelum ini, ada banyak syarikat kecil, jadi Kerajaan Persekutuan beri duit untuk ambil alih supaya senang untuk berurusan dengan satu syarikat berbanding banyak syarikat.

12. Tugas AIS pula adalah membayar sewa (kepada Kerajaan Persekutuan) dan bayaran sewa RM700 juta setahun dan sepatutnya dibayar sejak September 2016 tetapi mereka tidak membayarnya hingga sekarang.

Bekalan Air Sering Terganggu

13. Akibat kegagalan kerajaan negeri melengkapkan perjanjian yang sepatutnya, pelbagai inisiatif untuk menaik taraf aset dan infrastruktur secara berterusan seperti loji dan paip serta tangki air tidak dapat dilaksanakan, sekali gus menyebabkan bekalan sering terganggu dan terputus hingga menjejaskan kehidupan rakyat.

14. Kelewatan penstrukturan semula antaranya mengakibatkan industri bekalan air Selangor tidak dapat dikawal selia secara efektif oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menambah baik kualiti perkhidmatan.

15. Akibat kegagalan kerajaan negeri mengambil alih SPLASH menyebabkan sewa pajakan berjumlah lebih daripada RM700 juta setahun masih tidak dibayar kepada PAAB.

16. Kerajaan negeri Selangor juga dilihat tidak komited dalam menangani isu hutang tertunggak pembelian air terawat kepada SPLASH yang mencecah lebih RM4 bilion sehingga Januari 2018 dan kesannya, SPLASH terpaksa mengurangkan bayaran kepada subkontraktor iaitu Gamuda Water dan Sungai Harmoni.

17. Akibatnya, kedua-dua syarikat ini gagal menjelaskan bil elektrik tertunggak kepada TNB berjumlah RM53 juta sehingga September 2017, dan jumlah ini meningkat setiap bulan dan TNB juga dikatakan memulakan tindakan prosiding mahkamah.

Sumber: BHarian

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk