08/03/2018

Pesanan Syamsul Debat Buat Rakyat Malaysia



BERITA PALSU: DENDA RM500,000 ATAU PENJARA 10 TAHUN ATAU KEDUA-KEDUANYA


Sangat baik jika #RUUBeritaPalsu disegerakan perlaksanaannya bagi mengekang penyebaran pelbagai berita palsu yang kini sudah menjadi 'trending' di kalangan pengguna Media Sosial.

Ada yang sengaja membuat berita palsu untuk tujuan menaikkan jumlah trafik masuk ke portal, web atau 'landing page'. Ada juga bertujuan untuk menjana pendapatan daripada 'Google Adsense' & beberapa agensi Pengiklanan Digital terkemuka.

Yang paling dibenci, ada juga bertujuan untuk menerbitkan rasa benci rakyat terhadap kerajaan atau pemimpin yang merisikokan & mampu menggugat kestabilan politik dan keamanan negara.

#TahukahAnda: Malaysia sehingga hari ini hanya mengguna pakai Seksen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang diperkenalkan sejak 30 tahun lalu bagi mengekang fitnah selain undang-undang sivil berkaitan fitnah?

Manakala akta di bawah SKMM pula, Seksyen 233 (1) Akta Mesin Cetak Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya.

Selain daripada akta tersebut, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Fitnah 1957, Akta Hasutan 1948 (disemak 1969) Kanun Keseksaan juga menjadi rujukan sekian lama dan ianya perlu digubal agar selaras dengan arus teknologi terkini yang mana lebih cepat berita tersebar (tular).

Apabila denda RM50,000 atau 1 tahun penjara (maksima) atau kedua-duanya sekali TIDAK MENGGERUNKAN pelakunya, maka adalah wajar jika ia dapat digubal & diperbaharui mengikut peredaran zaman serba canggih & berteknologi tinggi hari ini.

K7L : Kena beringat...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk