19/03/2018

Gaji Minimum Di Malaysia Nak Berapa Ribu?




Sebanyak 142 taska atau 69.95 peratus daripada 203 taska berdaftar di Pahang tidak mampu melaksanakan perintah gaji minimum RM1,000 sebulan, yang berkuat kuasa 1 Julai lepas.

Presiden Persatuan Pengasuh Negeri Pahang, Zubaidah Husin berkata sebanyak 36 taska lagi telah menamatkan operasi mereka disebabkan tidak mampu membayar gaji minimum tersebut.

“Sejak pelaksanaan perintah gaji minimum, hanya 25 taska yang mampu melaksanakannya tetapi mereka terpaksa menanggung kerugian atau hanya untung sedikit,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Zubaidah berkata beliau bimbang lebih banyak lagi taska akan gulung tikar jika situasi itu berlanjutan kerana pihaknya terpaksa menampung pelbagai kos sedangkan purata bayaran bagi seorang kanak-kanak ialah antara RM350 dan RM400.

Beliau berkata pihaknya tidak membantah pelaksanaan perintah gaji tersebut kerana ia berpatutan dengan bebanan kerja seorang pengasuh sejak pagi sehingga petang, namun mekanisme lebih sesuai perlu dicari bagi membantu mereka membayar gaji minimum itu.

Katanya taska tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan bayaran kerana bimbang ibu bapa akan mencari alternatif lain seperti taska tidak berdaftar yang dikhuatiri boleh menjejaskan kualiti penjagaan ekoran tiada pemantauan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kos bulanan sahaja sudah cukup tinggi. Misalnya untuk sebuah taska di rumah separuh berkembar (semi-D), jumlah kanak-kanak dibenarkan ialah 20 orang dengan enam pengasuh, bermaksud gaji minimum sudah RM6,000 tidak termasuk bayaran untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso.

“Bayaran sewa rumah RM1,300, barang makanan RM1,000, bil air, elektrik, telefon dan internet sudah melebihi RM300 menjadikan kos keseluruhan RM9,000. Jika bayaran seorang kanak-kanak RM300, bererti pendapatan taska itu hanya RM6,000... memang tidak berbaloi,” katanya.

Zubaidah berkata perkiraan mudah itu menunjukkan taska boleh mendapat pulangan modal jika bayaran seorang kanak-kanak RM500 ke RM600, namun jumlah itu terlalu mahal, khususnya jika ibu bapa menghantar dua atau tiga anak ke taska.

Selain itu, katanya taska juga terpaksa menanggung cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) semasa membeli barangan keperluan seperti barang makanan, permainan dan alat tulis, selain bayaran bil yang lebih mahal kerana dikenakan mengikut caj perniagaan.

Justeru, beliau memohon Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan Telekom Malaysia dapat menukar status itu kepada perkhidmatan sosial seperti di masjid atau rumah ibadat kerana taska bukan produk perniagaan.

Zubaidah berkata kerajaan juga boleh membantu dengan memberi subsidi kepada seorang kanak-kanak yang dihantar ke taska supaya ibu bapa kekal membayar harga antara RM300 dan RM350, manakala kos tambahan ditanggung kerajaan.

“Syarikat besar juga dapat membantu tidak membuka taska di pejabat tetapi memilih taska berdekatan untuk pekerja mereka menghantar anak dan diberikan subsidi. Ini situasi menang-menang antara pekerja, majikan dan pengusaha taska.

“Ada bertanya mengapa kami terus membuka taska jika sudah tahu tiada untung, tapi bagi saya yang sudah 14 tahun dalam penjagaan kanak-kanak, saya katakan ia kerana minat kami dalam bidang asuhan,” katanya.

Pengusaha taska di Bentong, Fazlina Abd Hamid, 40, berkata beliau berterus terang kepada pekerjanya bahawa beliau tidak mampu melaksanakan bayaran gaji minimum itu kerana bayaran paling mahal dikenakan ialah RM350 untuk seorang bayi.

Beliau yang sudah 11 tahun membuka taska, berkata setakat ini semua pekerjanya bersetuju dengan gaji diberikan kerana berpuas hati dengan layanan baik, namun berharap penyelesaian segera dapat dicapai bagi mengelak situasi berbeza pada masa hadapan. — Bernama

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk