12/03/2018

Video - Azmin Panas Hati Bila Kena Sindir Pasal Air Dengan PM?



Azmin Ali seperti panas punggung apabila PM Datuk Seri Najib Razak buat perbandingan tentang krisis air yang menyusahkan dan mendatangkan marah rakyat Selangor. Baru kena sindir sikit.



PM sempat sindir Azmin Ali yang sengaja mengaitkan 1MDB ketika bertanya mengenai hutang negara di Dewan Rakyat. Azmin juga telah ditegur speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana sengaja tidak membenarkan Najib Razak menyambung jawapannya.

Menurut MiM

Realitinya,

1. Parlimen telah pun diberitahu bahawa hutang 1MDB dan projek-projek yang berkaitan dengannya tidak diklasifikasikan sebagai hutang Kerajaan Persekutuan.

2. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan telah pun memberitahu, hutang 1MDB dan projek berkaitan dengannya TIDAK menyumbang kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan.

3. Perkara ini sangat jelas kerana hutang itu mampu dibayar semula melalui aset yang dimiliki syarikat tersebut.

Tambahan pula, peratus hutang negara semakin menurun kepada 50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), satu pencapaian yang menunjukkan kerajaan BN Persekutuan berada di landasan ekonomi yang benar dan bertambah kukuh.

Baca : Fakta ekonomi yang diputabelitkan.

Kita sebagai rakyat amat faham dengan putar belit dan propaganda pembangkang yang masih lagi mahu membangkitkan isu 1MDB walau pun sudah berulang kali diperjelaskan. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana mereka amat berharap agar isu 1MDB ini dapat dijadikan bahan pilihanraya untuk menipu dan mengelirukan rakyat sekali lagi.

Lebih-lebih lagi, Manifesto Pakatan Harapan yang baru dilancarkan telah memakan diri mereka sendiri serta menjadi bahan lawak rakyat Malaysia. Segala yang mereka bentangkan itu menjurus kepada beberapa perkara:

1. Janji-janji telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan BN Persekutuan.
2. Janji-janji yang ditiru daripada perancangan kerajaan BN Persekutuan.
2. Janji-janji yang pembangkang sendiri tidak lakukan.
3. Janji-janji palsu, u-turn dan bercanggah dengan janji-janji awal pembangkang.

Pokoknya, manifesto Pakatan Harapan adalah dokumen yang tidak original dan hanya sekadar janji-janji manis yang tidak semestinya akan dilaksanakan oleh pembangkang.

Bukan itu sahaja.

DAP dan Lim Guan Eng berdepan dengan kes mahkamah yang mensabitkan beliau dengan kes rasuah dan salah guna kuasa. 2 negeri di bawah Pakatan Harapan turut bergelumang dengan skandal-skandal billion ringgit wang rakyat.

Pembangkang juga sedang bercakaran sesama sendiri tentang isu pembahagian kerusi DUN dan parlimen yang mereka cuba sembunyikan daripada penyokong dan rakyat.

Ýang pelik juga, tiada seorang pun ahli parlimen pembangkang yang mempertahankan Azmin apabila dia diasak oleh ahli parlimen BN lain. Persoalannya:

1. Apakah ahli parlimen pembangkang tidur atau tiada dalam dewan?
2. Atau ada konflik protes terhadap Azmin?

Tetapi tahniah kepada parti DAP kerana parti itu tetap berperangai boss. Setakat ini, mereka tidak berkongsi sebarang kerusi DUN dan Parlimen dengan rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan.

PPBM, PAN dan PKR yang terpaksa berebut kerusi sesama sendiri tanpa rasa simpati dan tiada semangat teamwork parti DAP. Memalukan!

K7L : Kah Kah Kah.. Dia kata air tak penting?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk