23/11/2017

Pencerahan Lawatan DS Najib-Anwar Ibrahim Untuk Macai!



1. Pertemuan DS Najib dan DS Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur merupakan detik yang penting. Orang ramai melihatnya sebagai pertemuan muhibbah dan kemanusiaan. Izinkan saya menceritakan kisah yang berkaitan pertemuan itu. Sebagai journalist, saya akan menulis apa yang saya temui dan apa yang benar sahaja.

2. Saya teringat kepada pertemuan saya dengan seorang AMT PKR tahun lalu supaya saya dapat menyampaikan kepada DS Najib (Najib) perihal kesihatan Anwar yang merosot di dalam penjara. Beliau turut menceritakan betapa baiknya Najib dan DS Rosmah (Rosmah) yang telah memastikan supaya Anwar diberikan kemudahan yang terbaik di dalam penjara seperti tilam yang sesuai, kemudahan membaca buku dan sebagainya. Saya telah pernah menulisnya di sini dan di sini

3. Baru-baru ini AMT PKR tersebut menjemput saya lagi untuk minum teh dan menceritakan Anwar menderita sakit belakang. Sekali lagi beliau meminta agar saya menyampaikan kepada Najib keadaan Anwar tersebut. Saya berusaha menyampaikan permintaan AMT PKR itu melalui orang paling kanan Najib beberapa minggu yang lalu.

4. Saya mengetahui bahawa Najib bukanlah Tun Dr. Mahathir dalam bersosialisasi dengan Anwar. Najib tidak pernah menuduh Anwar meliwat (1998), ianya dakwaan Tun M yang masih belum dibersihkan sehingga ke hari ini. Malangnya, hari ini untuk menjatuhkan Najib, mereka sanggup mempergunakan Anwar, keluarga Anwar, PKR malah mempergunakan Lim Kit Siang.

5. Rakyat mesti bijak melihat permainan politik ini. Rakyat tidak boleh menerima lakonan ini. Jika rakyat mahu mempercayainya perlu ada tiga tindakan berani, pertama Tun M mesti membersihkan nama baik Anwar daripada tuduhan liwat 1998. Kedua, Tun M perlu menyertai DAP bukan menyertai parti Pribumi Bersatu. Ketiga, bersetuju bahawa di dalam Pakatan Harapan hanya Anwar sahaja calon Perdana Menteri bukan Mukhriz dan bukan TS Muhyiddin.

6. Saya diberitahu, tiada seorang pun AMT PKR mempercayai Tun M seratus-peratus. Mereka sangat berhati-hati.

7. Di dalam hal ini, Nurul Izzah kelihatan sudah terperangkap. Sebab itulah saya mengatakan bahawa Nurul Nuha sahaja yang boleh menyelamatkan Anwar daripada lakonan orang yang berpura-pura menyokong Anwar. Baca semula di sini. Malah, anak lelaki Anwar, Mohd. Ihsan sudah semakin matang dan boleh mengambil alih peranan Nurul Izzah.
8. Saya beritahu kepadanya, hanya Najib boleh menyelamatkan Anwar bukan Tun M.

9. Saya ingin menutup tulisan saya ini dengan doa ini, “Ya Allah, heal the sick among us, make us healthy, break the unions of our enemies, help us against those who are hostile to us with Your Mercy, O Lord, the Most Living”. Aamiin.

Selamat Berhujung Minggu.
Masjid Sultan, Singapura,
17 November 2017.

K7L : Keris difahamkan tulisan ini ditulis oleh seorang blogger pembangkang..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk