14/11/2017

Nak Tahu Apa Jadi Kalau Beri Kuasa Kepada PKR-PPBM-DAP-PAN?




SHAH ALAM – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak seharusnya campur tangan dalam isu membabitkan kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa menghina etnik Bugis, kata Speaker Hannah Yeoh.

Beliau berkata ini kerana titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Jumaat lepas menjurus supaya perkara itu disiasat oleh pihak berkuasa.

“Titah Tuanku adalah untuk polis menjalankan siasatan. Itu di perenggan terakhir (kenyataan media berkenaan).

“Tuanku tidak meminta Dewan untuk menyiasat. Tuanku bertitah supaya pihak berkuasa yang menyiasat perkara itu. Jadi mengapa dewan perlu masuk campur,” katanya pada sidang media selepas sidang DUN Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas memorandum yang disampaikan oleh Adun Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini kepada Istana Selangor bagi membantah tindakan DUN menolak usul membahaskan kenyataan Dr Mahathir itu.

Pada sidang DUN semalam, Yeoh menolak usul tergempar yang dikemukakan Datuk Abduk Shukor Idrus (BN-Kuang) untuk membahaskan isu berkenaan.

Penyelaras ADUN BN Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata memorandum itu sebagai sokongan terhadap titah baginda yang menzahirkan kemurkaan terhadap kenyataan itu – BERNAMA

Bayangkan ini pandangan DAP yang 'mengawal' Dewan Negeri. Memang betul MB Selangor daripada PKR tetapi cuba lihat siapa jadi Speaker? Dan dengan kuasa yang ada bagaimana DAP layan 'kehendak Melayu dan Islam'? 

Nampak macam isu ini kecil tetapi kesan dia amatlah besar. Berani mereka cabar keturunan Bugis? Tunggu masa Pilihanraya nanti. Mahathir adalah sebahagian daripada mereka. Jadi ajar mereka dengan tidak memberi undi kepada Pakatan.

K7L : Tunggu nasib kau..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk