11/11/2017

Pajak Blok Minyak - Lagi Fitnah Pembangkang!




Dakwaan Pakatan bahawa PM Najib Razak memajak blok minyak dan gas di Sabah kepada China untuk pinjaman bernilai RM100 bilion adalah satu penipuan terancang.

Menteri JPM Abdul Rahman Dahlan berkata pemilik projek itu Suria Strategic Energy Resources yang dimiliki penuh Kementerian Kewangan, manakala China Petroleum Pipeline Bureau merupakan kontraktor projek.

Jumlah pinjaman sebenar untuk projek ini ialah RM4.53 bilion dan ia dijamin oleh kerajaan persekutuan.mDengan jaminan ini SSER tidak perlu memajakkan apa-apa aset minyak dan gas Malaysia kepada China.

Hal berkaitan tanah di bawah kuasa negeri dan ini membuktikan tuduhan bahawa tiada penglibatan dan perbincangan dengan kerajaan Sabah adalah tidak benar.

Dengan projek tenaga ini, ekonomi Sabah akan meningkat dan mencipta pekerjaan untuk rakyat Sabah. Semakin dekat PRU14, semakin terdesak Pakatan dengan fitnah mereka. Kita kena pilih yang buat kerja bukan yang buat fitnah.


K7L : BN Fot the future...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk