07/11/2017

Bukan Isu Politik Tapi Isu Guan Eng Sombong!






Keris masih ingat ketika Himpunan Kleptokrasi yang tak berapa nak jadi baru-baru ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu ada menyebut Kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan gila!

Namun begitu daripada Kerajaan Gila inilah dia merayu untuk memohon bantuan dan bantuan segera sampai. Berbeza dengan dirinya yang mengutuk dan mengecam Kelantan sehingga tuduh macam-macam.

Menurut rakan blogger Sangkakala. Kementerian Pertahanan telah mengerahkan aset mereka bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang dan beberapa agensi seperti Majis Keselamatan Negara kini sedang menyelaras operasi menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat.


Hari ini jelas membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional bukanlah zalim seperti mana yang acap kali di sebut oleh pemimpin pembangkang. Kerajaan Barisan Nasional sentiasa akan memberikan bantuan walaupun negeri berkenaan bukan dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Walaupun Guan Eng begitu kuat mengkritik kerajaan pusat dengan pelbagai tohmahan, namun sebagai kerajaan pusat, Barisan Nasional tidak mengambil perkara bencana seperti ini sebagai perkara mudah.

Segala bantuan kemanusian disalurkan kepada mangsa banjir dan panggilan telefon dari Guan Eng pada jam 3.30 pagi juga tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Kerajaan Pulau Pinang yang diketuai oleh DAP pernah berikrar untuk menghapuskan permasaalahan banjir di negeri tersebut jika mereka memerintah dan kini jelas membuktikan bahawa janji mereka tidak mampu untuk ditunaikan.

Adakah Guan Eng akan mengaku bahawa kerajaan pusat bukanlah zalim seperti yang didakwa oleh pemimpin pembangkang selepas ini? Apakah dia akan terus mencaci dan memaki hamun Barisan Nasional?


K7L : Kita tunggu dan lihat...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk