21/09/2012

Ribuan 'Serang' Penyiar Filem Hina Rasulullah S.A.W? #Respect




Himpunan aman membantah filem dan kartun menghina Islam. Mengecam tindak balas ekstrem dan nyatakan hormat kepada semua Agama (respect for all religions).

Ribuan umat Islam serta rakyat pelbagai bangsa membanjiri perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah penyiaran filem anti-Islam 'Innoncence of Muslims' dan karikatur menghina Nabi Muhammad S.A.W. yang dianjurkan bersama Pemuda UMNO, Pemuda BN serta pelbagai NGO lain.

Himpunan berkenaan yang bermula selepas solat Jumaat berlangsung dengan aman dan turut disusuli laungan takbir "Allahu Akbar" serta "Jangan Hina Nabi Kami" dan pelbagai laungan serta kain rentang seperti "Freedom Of Speech Does Not Include Spreading Hate Messages. Respect Islam, Respect All Religion" serta pelbagai sepanduk lain mengutuk perbuatan tersebut.


Jangan kurang ajar dan Keris harapkan #Respect agama Islam, dan hormat juga agama yang lain. 

K7L : #Respect #Respect #Respect

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk