19/11/2014
PAS Kuda Pada DAP - Mat Sabu Kuasai PAS Baru?
17:31
No comments
Keputusan pimpinan PAS untuk terus kekal di dalam Pakatan Rakyat bukanlah suatu yang mengejutkan kerana kita tahu bahawa gelombang yang inginkan agar parti tersebut terus berdamping dengan DAP terlalu kuat untuk ditentang. Walaupun ada suara-suara kecil dari pihak pro-ulamak yang menyatakan hasrat perlunya untuk PAS melihat kembali tahaluf ini namun jelas ia gagal membawa satu arus yang kuat. Kewujudan PASMA juga membantu mengendurkan suara pro-ulamak ini walaupun ramai di kalangan ahli yang mempertikaikan peranannya.
Cuma kita berasa begitu kagum dengan kesabaran PAS apabila berdepan dengan pelbagai sikap yang ditunjukkan oleh DAP kebelakangan ini yang secara terang-terangan “menembak” Presiden PAS. Malah lebih hina lagi apabila Presiden PAS telah disaman oleh anak buah rakan parti. Namun PAS tetap bersabar. PAS dikritik kerana tidak konsisten, gagal untuk hadir ke mesyuarat, tidak pandai mengurus masalah dan akhir sekali penyebab kepada perpecahan apabila ingin terus melaksanakan hudud. Namun PAS masih terus sabar. DAP juga secara terang-terangan mengatakan bahawa mereka sudah tidak memerlukan PAS dan PR dan boleh bergerak sendiri. Ini kenyataan yang sangat angkuh dan penghinaan kepada PAS. Tetapi PAS tetap sabar.
Tidak dapat dinafikan memang sifat sabar ini adalah sifat yang sangat mulia dan dianjurkan kepada setiap umat Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri adalah seorang yang sangat sabar walaupun dihina dengan pelbagai kejian dan cacian oleh pihak musyrikin dan kafirin. Cuma sejarah juga membuktikan bahawa Baginda juga sangat tegas dan keras dalam mempertahankan Islam apabila Islam dihina dan disekat dari perlaksanaannya. Baginda tidak berkompromi walaupun sedikit sehingga Abu Dzar r.a. sendiri ditegur apabila beliau secara berseloroh menggelar Bilal sebagai budak hitam. Nah, begitulah kerasnya Baginda.
Apakah kesabaran PAS akan ada sempadannya atau tidak? Itu satu persoalan yang menghantui ramai umat Islam.
Sehingga manakah sikap DAP yang lantang mengkritik PAS itu akan membuatkan PAS hilang sabar? Ini juga menjadi satu teka-teki yang besar.
Mungkinkah PRU14 nanti akan menjadi noktah akhir kesabaran mereka? Juga satu kemungkinan.
Tidak salah kalau kita mengatakan bahawa PR begitu yakin bahawa dalam PRU14 nanti mereka akan berjaya menggantikan BN dan seterusnya memerintah negara ini. Mungkin ini yang menggiurkan sebahagian besar pimpinan PAS sehingga mereka terpaksa terus bersabar dengan karenah DAP walaupun terpaksa menelan hati dan hempedu hasil penghinaan oleh DAP.
Persoalannya; jika sekarang PAS tidak mampu menyekat kelantangan DAP maka mungkinkah PAS akan mampu bersuara di hadapan DAP jika PR berkuasa apabila perlaksanaan syariat Allah menjadi isu nanti? Atau adakah PAS akan terus bersabar?
Tetapi bagaimana pula jika BN terus kekal memerintah selepas PRU14? Adakah PAS akan terus bersabar dgn DAP? Jawapannya akan dapat diketahui apabila kita boleh menjawab persoalan ini; siapa musuh utama PAS? UMNO atau DAP?
Akhiran, ummat Islam hanya sekadar ingin mengingatkan PAS supaya jangan menjadikan soal menang atau kalah dalam percaturan politik semata-mata sebagai asas kesabaran. Walaupun Islam dirobek hingga ke akar umbi, kesabaran PAS berdiam diri benar-benar dikagumi !!!
Tuan Hj Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden ISMA
Nak Pesan Awal-Awal
Keris 7 Lok kata :korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...
Arkib Keris 7 Lok
-
▼
2014
(479)
-
▼
November
(18)
- Harga Ron 97 dan Ron 95 Turun Malam Ini?
- Farhana KULN Moscow Punca BN Menang #PRU13
- Bukti Hanipa Maidin Sokong Chin Peng - Rakyat Mala...
- Peringatan Buat Seluruh Rakyat Malaysia!
- Setuju Dengan Rais Yatim! Martabatkan Bahasa Melay...
- Hanipa Maidin Suruh Malaysia Agungkan Tokoh Komuni...
- PAS Kuda Pada DAP - Mat Sabu Kuasai PAS Baru?
- Visa Percuma Untuk Pelancong China? Nazri Tahu Kes...
- Mana @n_izzah Ketika Mereka Berduka? #RakyatPerluTahu
- Puting Beliung Petang Tadi Di Kedah - PAS Salahkan...
- Apa Masalah JPJ Yang Rakyat Perlu Baca?
- Inilah MAZA Dan Qardhawi Pujaan Anwar - Hati-Hati ...
- Hadi Diminta Lepas Jawatan Untuk Biarkan Mat Sabu ...
- Wanita UMNO Tidak Setuju Akta Hasutan Dimansuhkan!...
- Stupid Alvin Sokong Lin Dan Berbanding Chong Wei? ...
- Phahrolrazi Dah Mula Jadi Balaci Serang Hadi?
- @fahmizainol_ Buktikan Dirinya Seorang Bacul? - Du...
- @Armand_PJU Punya Kes Lagi Teruk Dari @AnwarIbrahim?
-
▼
November
(18)
0 ulasan:
Post a Comment