24/06/2016

Tugas Kita Laporkan Asnaf - Tanggungjawab Bersama #ZakatSelangor




Kebelakangan ini kecoh dalam laman sosial tentang zakat. Ada yang pertikai lebih daripada polis pasal kemana wang zakat pergi. Kalau boleh semua perincian pengagihan wang zakat mesti dilaporkan terus kepada mereka.

Di sini Keris nak maklum kepada semua pembaca. Sila sampaikan juga kepada mereka yang 'bijak pandai' dalam soal Zakat. Terbaru ada yang mengecam pusat zakat kerana tidak membantu sesetengah keluarga yang susah. 

Erti kata lain asnaf yang layak mendapat zakat tidak menerima wang zakat. Maka para penghukum Facebook dan Twitter mula mengecam Pusat Zakat yang ada. Tetapi tahukah anda semua tentang Zakat?

Sebenarnya tugas untuk mencari asnaf bukan tanggungjawab pusat Zakat sahaja, tetapi ia tanggungjawab masyarakat. Kita sebagai umat Islam yang baik tidak perlu mencari salah orang alin sebaliknya boleh bantu dengen melapor jika terjumpa asnaf yang memerlukan bantuan.

Pastikan laporan sahih dan benar atau ia hanya akan mengganggu proses kelancaran asnaf yang lain yang benar-benar memerlukan. Kini tugas ini tugas seranta umat Islam. Ini kifayah kita bersama.

K7L : Ada yang tak tahu Amil tapi sibuk cerita asnaf?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk