28/06/2016

Ada Umat Islam Yang Benarkan Bukan Islam Berucap Di Mimbar Masjid?



Menurut rakan blogger CTS, ada satu perkara yang tidak baik telahpun berlaku. Malangnya beberapa umat Islam tidak mempertahankan kedudukan mereka sebagai seorang muslim dengan baik.

Ahli Parlimen PKR Selayang, William Leong Jee Ken dilaporkan berucap dari dalam bahagian Dewan Solat Masjid Al-Mutaqqin sempena majlis Tadarus Al-Quran dan pemberian sumbangan hari raya yang diadakan di masjid itu, Sabtu lepas.

Tindakannya ini secara jelas telah melangar titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 28/08/2010 yang melarang orang bukan Islam dari memasuki ruang utama solat masjid dan surau di seluruh negeri itu. Sila baca di sini.


Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) perlu menjalankan siasatan segera kerana selain melanggar titah DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di negeri berkenaan, tindakan Ahli Parlimen itu juga telah mencemarkan kesucian Masjid, melainkan Ahli Parlimen berkenaan sudah mengucap dua kalimah syahadah. Lebih-lebih lagi kejadian sebegini berlaku di bulan Ramadhan yang mulia.

K7L : Apa sudah jadi?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk