24/06/2016

PKR Kini Berdepan Dengan Keretakan Hubungan Dengan PAS?


 

Sebenarnya ketika PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar berlangsung. Kita sememangnya ingin melihat sendiri pendirian PKR yang bermain tarik tali dengan PAS dan DAP berhubung sokongan mereka.

Pada awalan pengumuman calon PH, Wan Azizah hadir tanpa Azmin yang merupakan Timbalan Presiden PKR. Mungkin saat itu Presiden PKR tidak yakin dengan Azmin yang berkeras mahu kekalkan PAS didalam Kerajaan Negeri Selangor.

Namun Menteri Besar Selangor itu akur dengan permintaan pucuk pimpinan PH yang mendesak dirinya untuk menyatakan pendirian. Akhirnya dia menyatakan sokongan terbuka kepada PAN.

Sekaligus mengguris hati PAS yang selama ini merasakan Azmin sentiasa bersama dan menyokong mereka. Kini dengan hati-hati yang terluka, apakah yang akan berlaku kelak? Siapa yang akan bertindak lebih awal?

Samada PAS atau PKR yang mula membuka bunga langkah. Nyata sokongan tersebut sedikit sebanyak menjejaskan hubungan mereka. PKR sudah bersedian untuk kehilangan sokongan?

K7L : Tak sabar tunggu PRU14.. nak tengok mungkin hanya Permatang Pauh sahaja yang tinggal?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk