Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyifatkan DAP sebagai anti-Islam dan tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan dengan umat Islam. Setelah sekian lama mereka bersama namun kini akhirnya Hadi Awang berterus terang.
Hadi dilihat sangat marah ketika mengulas bantahan DAP ke atas usahanya membentangkan pindaan rang undang-undang persendirian bagi merintis laluan kepada pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
DAP langsung tidak mempunyai adab terutamanya dalam urusan berkaitan orang Islam.
"DAP telah menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP tidak ada adab dan dia terus melenting dan menentang (usul berkenaan). Pada hal usul ini tidak berkait dengan orang bukan Islam pun.
"Saya turut kesal dengan Parti Amanah Negara yang digunakan DAP dalam hal ini kerana telah melanggar sempadan agama sendiri demi kepentingan politik," - Hadi Awang
Sebelum RUU itu dibentang oleh Abdul Hadi, beberapa wakil pembangkang termasuk Anthony Loke (DAP-Seremban), Teresa Kok (DAP-Seputeh), Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching), Khalid Abdul Samad (PAN-Shah Alam) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) bangkit untuk mempertikaikan mengapa usul yang dibawa Abdul Hadi itu didahulukan sedangkan ia berada di kedudukan ke-15 atau terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat semalam.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia seterusnya membenarkan ia dibentang atas budi bicara beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Ditanya adakah tindakan membentangkan usul tersebut sebagai gimik politik menjelang pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Hadi berkata ia tidak ada kena mengena dengan politik.
Rang undang-undang persendirian itu sering dirujuk sebagai rang undang-undang hudud adalah khususnya untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Buat masa ini, Akta 355 mengehadkan hukuman maksimun yang boleh dikenakan oleh mahkamah syariah adalah denda RM5,000, penjara tiga tahun atau enam sebatan. Pindaan itu bertujuan untuk meningkatkan had ini serta membuka jalan bagi pelaksanaan sebahagian daripada hukuman hudud, termasuk rotan sehingga 100 sebatan.

Jadi tak ada kena mengena dengan agama lain dan hanya DIKENAKAN HUKUMAN kepada orang Islam sahaja. Kenapa sampai nak keluar parti bagai? Ini bodoh punya sikap. Tak faham isu jangan jadi ahli parlimen..
K7L : Mana yang nak letak jawatan tu jangan lupa untuk letak betul-betul..
0 ulasan:
Post a Comment