SETIAP AHLI UMNO BERJIWA PEJUANG
Bagi mereka yang berjiwa kecil, kehilangan seorang sahabat, kekasih atau pasangan hidup akan membuatkan seseorang itu bersedih seolah-olah hidupnya sudah berakhir. Bagi mereka yang berjiwa besar, setiap kehilangan merupakan titik permulaan ke arah sebuah kehidupan yang lebih cemerlang.
Sesiapa sahaja yang ikhlas berjuang untuk UMNO tidak akan dapat lari dari kesedihan sekiranya kesemua Ketua Bahagian dan AJK Bahagian serta sayap-sayap Bahagian Semporna, Pagoh atau Jerlun mengisytiharkan keluar parti dan meletakkan jawatan.
Tetapi pejuang parti sejati tidak akan merasai kesedihan yang berpanjangan, sebaliknya ia adalah titik permulaan ke arah pemantapan dan pemerkasaan parti agar terus relevan dan cemerlang pada PRU 14.
Gelombang ketiga-tiga Bahagian tersebut umpama setitis air di lautan jika dibandingkan dengan krisis kepimpinan UMNO 1987 dan 1998. Gelombang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang diterajui oleh Parti Melayu S46 serta gelombang reformasi 1998 JAUH LEBIH KRITIKAL kepada parti keramat UMNO.
Namun AHLI-AHLI DAN PEMIMPIN UMNO bergerak maju kehadapan dan berjaya mengatasinya, bukan kerana pucuk kepimpinan ketika itu, tapi kerana KESETIAAN AHLI AKAR UMBI pada parti yang telah banyak berjasa pada Agama, Bangsa dan Negara.
Apa sangatlah yang hendak disedihkan sekiranya anda kehilangan sahabat-sahabat yang mengkhianati perjuangan parti sedangkan MAJORITI RAKYAT MALAYSIA menaruh kepercayaan dan harapan yang tinggi bagi anda membuktikan bahawa UMNO TETAP RELEVAN, Dulu, Kini & Selamanya, INSYA ALLAH!!!
Melangkah dan terus melangkah. Maju ke hadapan dan hadapi segala cabaran. Lupakan mereka yang kecewa.
RAKYAT TETAP BERSAMAMU, UMNO TETAP DI HATI.
K7L : Nukilan ZMT yang memberi kesan untuk ahli UMNO..
0 ulasan:
Post a Comment