Selepas kewujudan golongan anti-vaksin, kini wujud pula golongan anti-pusat zakat. Ikut kepala sendiri nak bagi zakat kat sesiapa yang dia rasakan asnaf.
Dakwaan 1
Agihan zakat dianggap lambat, banyak prosedur dan leceh
Jawapan: Zakat adalah ibadah wajib yang mempunyai tatacaranya. Salah satu tatacara yang perlu dititkberatkan adalah siasatan golongan yang ingin diberikan zakat.
Dakwaan 2
Jawapan: Zakat adalah ibadah wajib yang mempunyai tatacaranya. Salah satu tatacara yang perlu dititkberatkan adalah siasatan golongan yang ingin diberikan zakat.
Dakwaan 2
Pusat zakat tidak proaktif mencari fakir miskin dan menunggu sahaja di pejabat
Jawapan: Boleh rujuk akaun Facebook pusat zakat, di mana banyak diaparkan aktiviti pusat zakat yang turun padang bekerja membela nasib asnaf.
Dakwaan 3
Yakin zakat yang diagih sendiri lebih berkesan membantu asnaf
Jawapan: Jangan diambil remeh peranan pusat zakat mengagihkan zakat. Di Selangor sahaja, jumlah keluarga fakir miskin mencecah 50,000 buah. Apakah agihan secara adil boleh dibuat jika dilakukan secara persendirian?
Dakwaan 4
Ragu dengan ketelusan agihan zakat
Jawapan: Hal ini boleh disemak Laporan Tahunan Pengurusan Zakat. Malah Jabatan Audit Negara melaksanakan audit tahunan dan diberikan Sijil Bersih, bukti tiada penyelewengan.
Dakwaan 5
Kecekapan kutipan tidak sama dengan kecekapan agihan
Jawapan: Pusat-pusat zakat cuba memaksimumkan kecekapan agihan. Kaunter Bergerak dan Kaunter Express diwujudkan. Masa memproses permohonan cuba dipendekkan. Tetapi banyak aspek lain yang turut memainkan peranan, seperti perbezaan jenis permohonan serta lengkap atau tidak dokumen permohonan oleh pemohon atau asnaf.
Dakwaan 6
Anggap tidak salah di sisi syarak beri zakat sendiri
Jawapan: Zakat adalah urusan pemerintahan. Ayat zakat disebut jelas di dalam al-Quran dan dikaitkan dengan pemerintahan (rujuk al-Hajj ayat 41). Hanya jika urusan zakat terbukti diseleweng, maka ada cara pengagihan yang lain.
Dakwaan 7
Anggap pusat zakat memanipulasi hukum Islam
Jawapan: Hukum Islam dalam isu zakat sudah sangat jelas. Fatwa digubal demi manfaat semua orang, bukan meraikan golongan tertentu. Rujuklah dalam pelbagai kitab fiqh untuk melihat perkembangan hukum zakat. Apa yang penting, natijah zakat adalah untuk seluruh umat Islam. Hukum zakat menjurus ke arah itu.
Dakwaan 8
Mempertikaikan institusi zakat atau agama menggunakan wang zakat
Jawapan: Mereka yang membuat tuduhan, buatlah homework. Paling tidak, mereka boleh bertanya kepada mana-mana pusat zakat, tentang penggunaan wang zakat itu. Bukankah Allah SWT telah memberikan arahan agar 1/8 daripada agihan zakat menjadi hak kepada asnaf amil? Melarang amil menggunakan wang zakat, bukankah bererti mempertikaikan Allah SWT? (Rujuk at-Taubah, ayat 60).
Dakwaan 9
Pengalaman ‘gagal’ memohon zakat dijadikan sandaran
Jawapan: Gagal dalam permohonan adalah lumrah. Jangankan zakat, Perkeso dan KWSP malah pihak bank pun berhak menolak permohonan yang tidak menepati syarat. Namun jika benar pusat zakat menolak dengan salah, sila buat laporan rasmi kepada pihak berwajib. Kesilapan di sesebuah negeri, tidak wajar dilambakkan kepada semua negeri.
Dakwaan 10
Marah dengan insiden tertentu sebelum ini yang melibatkan zakat
Jawapan : Tidak dinafikan, pusat-pusat zakat ada melakukan kesilapan dalam gerak kerjanya. Namun, kesilapan itu diperbaiki hari demi hari. Apa yang berlaku, insiden lima atau enam tahun silam, dipanaskan lagi. Tidak adil menghukum kesalahan yang sudah diperbaiki. Malah ia menjadi fitnah yang tidak berkesudahan.
K7L : Lepas ini nak muncul anti apa pulak?.. Anti Mahathir tak apa...
0 ulasan:
Post a Comment