Kenyataan media Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggesa Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin menjawab dakwaan-dakwaan yang dilemparkan kepadanya menjadi viral di media sosial.
Gesaan Wan Azizah itu juga turut mendapat liputan di portal berita Post Metro dan Bicara News.
AHLI PARLIMEN AMPANG PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA
Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita di media sosial yang mendakwa Ahli Parlimen Ampang mampu memiliki 9 kenderaan mewah.
Antara senarai kenderaan yang dimiliki Ahli Parlimen Ampang setakat ini seperti yang didakwa adalah:-
1. No kenderaan : WRL 575No enjin : B5254 T2 A027402Model : VOLVO XC90 2.5 TTarikh daftar : 01.07.2008Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan : RM 355,000.00
2. No kenderaan : BLR 9680No enjin : 1129 1331 8818 93Model : Mercedes Benz E240Tarikh daftar : 24.05.2012Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206RM 133,000.00
3. No kenderaan : WNA 276No enjin : 1KD687 8384Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 ATTarikh daftar : 03.11.2011Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 107,000.00
4. No kenderaan : WTY 1547No enjin : 2KD650 8915Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 ATTarikh daftar : 31.05.2010Pemilik : Zuraida Bt KamaruddinKP : 580314 71 5206Harga kenderaan: RM 99,000.00
Dan juga beberapa buah kenderaan yang difahamkan milik Ahli Parlimen Ampang tersebut.
Ahli Parlimen Ampang tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.
Ahli Parlimen Ampang juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki.
KEADILAN menggesa agar satu badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan ini, dan jika perlu akan berusaha mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
21 Jun 2016
Nampaknya sudah mula taktik 'pancung' oleh kem Wan Azizah. Mula bergerak dengan taktikal Sun Tzu dengan 'memancung' kepala-kepala dalam Kartel Azmin. Azmin yang dilihat kuat kini sedang dilemahkan.
Apakah kemungkinan pertembungan di antara Azmin - Wan Azizah benar-benar akan berlaku. Mungkin senario politik PKR akan berubah selepas itu. Mungkin juga akan ada yang keluar parti sama seperti PAN?
Apapun kini Zuraida tidak mahu tidak tetap perlu menafikan jika pendedahan tersebut tidak benar. Selama ini Zuraida mengeji pemimpin UMNO dan PAS. Hari ini kita lihat siapa yang berlagak suci dan sederhana dengan jumlah kereta yang dimilikinya?
K7L : Ini kata nak beri kesaksamaan kepada rakyat?..
0 ulasan:
Post a Comment