01/06/2016

PKR Tidak Bantu Kempen PRK - Jaga Hati PAS?



Kini kita menanti apakah PKR akan berpihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) atau PAS menjelang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bermula 6 Jun ini.

PAS dan PKR masih menjalin hubungan strategik sungguh pun parti PKR kini sudah menyertai Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP. Ini kerana mereka berkongsi kuasa di Selangor.

Namun begitu Keris melihat pihak PKR telah bersedia untuk tidak membantu untuk berkempen bagi kedua-dua PRK yang berlangsung di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Ini difahamkan adalah strategi Azmin untuk terus mendapatkan sokongan PAS.


Dalam masa yang sama PAN akan mengambil peluang ini untuk terus memburukkan PKR yang kini dalam usaha mereka untuk disingkirkan sekiranya Azmin masih berkeras mahu bekerjasama dengan PAS.

Entah apa yang mereka bincangkan dan persetujui sebelum ini. Sebab semua cakap pusing-pusing. Kini kita lihat PKR seperti tidak punyai pendirian yang tetap. Hanya akan melekat pada yang berkepentingan.

K7L : Macam parasit?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk