29/11/2011

#PAUMNO : Melayu Asas Kekuatan UMNO! @tunfaisal @razlanrafii



Bela Melayu asas kekuatan UMNO

UMNO tidak pernah melupakan agenda pembelaan kaum Melayu kerana ia merupakan asas kepada kekuatan kuasa sedia ada sebagai parti pemerintah negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, dalam konteks itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengutamakan kepentingan mereka supaya kaum majoriti itu tidak lagi beretorik seperti anjing menyalak bukit dalam menagih hak mereka.

Buktinya, beliau berkata, Perdana Menteri semalam mengumumkan sebanyak 30 syarikat bumiputera dipilih sebagai Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TeraS) iaitu sebagai kumpulan pertama yang bakal mendapat akses kepada peluang perniagaan baru, pembiayaan, guna tenaga berbakat dan perkhidmatan nasihat perniagaan.

‘‘Perdana Menteri telah mengotakan janjinya bahawa beliau tidak pernah mengenepikan soal agenda Melayu dalam perjuangannya. Selama ini agenda Melayu seperti tidak berstamina selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat,” katanya.

Dalam wawancara khas Bernama bersama Perdana Menteri menjelang Perhimpunan Agung UMNO Selasa ini, Najib menegaskan, agenda membela Melayu tidak pernah ditiadakan malah menjadi agenda utama biarpun dengan slogan 1Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, peringatan Perdana Menteri mengenai ahli UMNO perlu mengutamakan parti melebihi kepentingan peribadi dan mereka tidak lalai dengan tanggapan bahawa UMNO adalah parti terbesar di negara ini.-utusan online

Keris terserempak dengan seorang wakil bahagian daripada Putrajaya ada memberi komen, " Melayu itu Islam, kita tidak boleh pertikaikan lagi dan dengan asas perjuangan lama hingga kini, UMNO tetap membela Melayu sekaligus memberi kekuatan kepada Melayu".

Maka perjuangan mempertahankan agama, bangsa dan negara tetap menjadi asas UMNO!. Keris tidak sabar melihat presiden berucap!.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Teruskan mengikuti Blog Keris 7 Lok untuk maklumat mengenai #PAUMNO..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk