11/11/2011

@anwaribrahim 'Disepak' PAS Johor?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Hudud: PAS Johor Tempelak Anwar

PETALING JAYA: PAS Johor menempelak kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak kemungkinan agenda hudud dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat.

"Hudud ini ada dalam PAS dan PAS berada dalam Pakatan Rakyat. PAS dalam perlembagaan dengan jelas mahu melaksanakan hukum-hakam Allah," kata Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamad sambil merujuk kepada Fasal 5 perlembagaan parti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar merangkap Ketua Umum PKR yang dilaporkan media sebagai berkata bahawa agenda hudud tidak ada tempat dalam Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata demikian dalam satu sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Cina dan dewan perniagaan Cina di Subang Jaya kelmarin.

Bagaimanapun, Mahfodz mengakui bahawa parti komponen Pakatan Rakyat belum mencapai kata sepakat dalam pelaksanaan hukuman hudud dan menyatakan bahawa penekanan terhadap pelaksanaan hudud adalah menurut kesesuaian.

Menurut beliau, Anwar sendiri tidak mempunyai sebarang halangan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan. Tambahan pula agama adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi langsung tidak tahu menahu mengenai kenyataan Anwar itu.

"Saya tidak pernah dengar Anwar kata begitu," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian dilaporkan berkata bahawa undang undang hudud tidak dibincangkan sewaktu penubuhan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna PAS menolak hudud kerana perkara itu boleh dibincangkan dalam Pakatan Rakyat pada masa depan – FMT


Huh! Baru sekarang mahu sedar bahawa mereka sebenarnya hanyalah boneka pihak PKR dan DAP?. PAS harus keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak mahu terus diperkudakan oleh mereka-mereka yangpunya agenda tersendiri.

Keris melihat kini pucuk pimpinan PAS baik di pusat mahupun akar umbi, golongan anwarinnas lebih memegang takhta berbanding 'kaum ulama PAS' yang telah mempelopori kepimpinan PAS sejak dulu lagi.

Walaubagaimanapun, apabila berbicara tentang hudud maka Keris tidak mahu mempersoalkan kewajaran hukum itu dilaksanakan kerana ia hukum berlandaskan Al-Quran namun begitu adakah hudud yang diprofailkan oleh pihak PAS benar-benar telus tanpa sebarang perubahan? Bersediakah rakyat Malaysia? Apakah PAS bersungguh untuk melaksanakan hudud? Anda fikir dan anda nilai.

Apa itu hudud? Hudud adalah sebahagian daripada undang-undang syariah di bawah bab KanunJinayah Syariah. Adapun undang-undang syariah itu terdapat di dalamnya...... 

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: PAS! Jadi kuda ni seronokkah?...jangan bermimpi untuk menggantikan UMNO jika dalam PR pun duduk tingkat ketiga..ptuih!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk