16/11/2011

Tony Pua Kena "Smash" Dengan DRI ?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Pada 1 November yang lalu, Tony Pua yang merupakan ahli Parlimen P.106 Petaling Jaya utara yang juga merupakan Ketua Publisiti DAP memberi cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan julah penjawat awam di Malaysia.

Dimana perkhidmatan mereka akan ditamatkan jika prestasi kerja mereka tidak mencapai tahap yang baik dan
 tidak efisien seperti yang dilakukan di negara China. Melalui kenyataan ini, jelas DAP sememangnya berpaksikan kepada China dan Singapura dari segi corak pemerintahan. 




Kenyataan Dangkal beliau itu telah disanggah oleh beberapa pemimpin anataranya adalah Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun dimana beliau menyatakan MCA mencabar kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakannya di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan malah, di Kelantan di dalam cadangan pelaksanaan pengurangan penjawat awam itu.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menafikan cadangan itu pernah dibincangkan. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berpendapat bahawa cadangan Tony Pua untuk 'menjimatkan' wang kerajaan itu tidak realistik,"Sektor awam adalah nadi penggerak negara. Skim baru perkhidmatan awam yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika Bajet 2012 akan meningkatkan produktiviti penjawat awam".

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Abu Bakar Abdullah pula menjelaskan bahawa jumlah penjawat awam di Malaysia sangat ideal dengan nisbah penduduk negara ini. Dan akhir sekali Pertubuhan Pribumi Perkasa berpendapat DAP mahu mengurangkan pengaruh orang Melayu dalam sektor kerajaan.

Dan semalam Naib Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim ada memberi pandangan mengenai isu ini.



Baca juga apa yang ditulis oleh sahabat blogger Panglima Perang Cyber mengenai isu Tony Pua di SINI

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Nampak sangat puak DAP ini mahu mengurangkan kuasa Melayu di Malaysia..kalau tak sedar juga tak tahulah nak cakap macamana lagi..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk