12/11/2011

Tahniah kepada @najwamahiaddin & @yunamusic unggul di #AIM18!!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Tahniah kepada penyanyi baru yang juga merupakan anak perempuan kepada TPM yang tidak sombong dan peramah. Keris suka dengan lagu-lagu beliau yang berbunyi sedikit klasik dan 'Soul'. Jangan hiraukan sebarang kritikan tidak membina oleh pihak yang sememangnya akan mencemuh kerana status anda lebih-lebih lagi kepada seorang selebriti yang sering mengeluarkan kenyataan prejudis terhadap anak-anak menteri di Malaysia. 

Walaubagaimanapun, terus memajukan industri muzik Malaysia dengan kelunakan suara anda. Teruskan dengan kerendahan hati dan jangan sesekali buat kontroversi.


Kepada Yuna, Keris yang sangat meminati lagu 'Cinta Sempurna' ingin mengucapkan tahniah dan anda memang layak untuk mendapat Anugerah Kembara. Terima Kasih kerana mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. 

Jangan contohi satu artis yang dulunya pelawak dan kini sudah menggelarkan dirinya ulama tetapi sering menyalahkan orang lain diatas kesilapan dirinya.

Keris tidak kisah dengan 'stand' mana-mana artis untuk memilih pihak yang mana mereka sokong dari segi politik namun mereka harus bijak apabila mengeluarkan sebarang kenyataan. Tahniah kepada semua yang menang di AIM 18 sebentar tadi.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Cair hati Keris tengok Shila Amzah tadi..adoiyai..sekali sekala cerita artis takpe kot..jangan selalu sangat..*dalam yang tersurat pasti ada yang tersirat*

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk