01/06/2016

Azmin Sangat Kecewa Dengan PAS - PRK Sungai Besar Akan Jadi Bukti?



Azmin Ali kini berada dalam keadaan sangat marah dan kecewa kerana PAS enggan bekerjasama dengan menarik diri daripada bertanding dalam Pilihan raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Kepimpinan tertinggi PAS masih bertegas mahu bertanding dalam PRK itu, meskipun sudah dibentangkan senario Parti Islam itu bakal tewas jika pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Tetapi pembentangan terseut seperti ingin memberitahu bahawa PKR parti yang paling sesuai dan mempunyai peluang lebih baik untuk memenangi kerusi tersebut menjadikan PAS seperti tidak mahu dipilih di sana.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan telah menggunakan dua strategi untuk memastikan PAS menarik diri dan membuka peluang PKR meletakkan calon pada PRK Sungai Besar.

Pertama, taktik ugut, di mana Azmin dilaporkan telah mengugut tiga Exco PAS dalam kerajaan Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib bakal dilucutkan jawatan jika PAS masih berdegil mahu bertanding dalam PRK itu.


Apabila strategi itu terbongkar kepada umum, Azmin menafikannya, bagaimanapun disangkal oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku.

Kedua, taktik ancaman mengunakan ‘sumber badan penyelidikan’. Walaupun Azmin tidak mengaku pihaknya berada di balakang ‘sumber badan penyelidikan’ itu, namun dipercayai ia ada kaitan lingkaran inner circle Azmin sendiri.

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh sebuah badan pemikir tetapi tidak dinamakan mendedahkan jika PAS bertanding satu lawan satu dengan BN di kerusi Parlimen Sungai Besar, parti islam itu akan kalah dan kehilangan kira-kira 3,000 undi.

Jika berlaku pertandingan tiga penjuru, antara BN, PAS dan PAN, mengakibatkan BN bakal menang dengan majoriti 5,000 undi. Namun, jika PKR yang bertanding satu lawan satu dengan BN, parti Keadilan dijangka akan menang sekurang-kurangnya majoriti 1,000 undi.

Tinjauan pendapat oleh badan pemikir Pakatan Harapan (PH) yang tidak dinamakan itu menunjukkan PKR mempunyai peluang yang lebih baik untuk memenangi PRK berbanding dengan PAN.

Kajian berat sebelah itu pula yang menjadi ukuran Pakatan Harapan sehinga hari ini dan tidak mustahil ia juga akan dijadikan bahan kempen untuk memastikan PAS kalah teruk pada PRK kali ini.

K7L : PAN bertanding untuk bagi orang kenal lagi?...

Masih Menanti Bila Agaknya Azmin Akan Pecat Exco PAS?



Timbalan Presiden PKR yang juga kini masih lagi menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dikatakan kecewa dengan PAS selepas parti tersebut tetap berdegil meletakkan calonnya di Sungai Besar dan menolak untuk berunding bersama PKR berhubung isu berkenaan.

Kini semuanya sudah selesai apabila PAS mengumumkan Abdul Rani Osman sebagai calon PAS bagi kerusi Parlimen Sg Besar. Ini bermakna segala rundingan disahkan gagal 100%.

Kini rakyat Selangor masih menanti untuk melihat tindakan lanjut yang akan dibuat oleh Menteri Besar Selangor ekoran 'ugutan' yang dilemparkan sebelum ini, iaitu akan memecat Exco Kerajaan Negeri daripada PAS.

Tiga exconya di kalangan PAS mungkin akan disingkirkan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.Tiga Exco PAS itu ialah Datuk Iskandar Samad, Datuk Ahmad Yunus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Difahamkan sekiranya PAS tidak meletakkan calon di Sungai Besar, Azmin akan memujuk Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak bertanding di Kuala Kangsar lantas memastikan pertembungan satu lawan satu di kedua-dua kawasan PRK berkenaan.

Walaubagaimanapun, PAS dengan nada tegas menyatakan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kawasan tradisi partinya bertanding dan tidak akan melepaskannya kepada parti lain.


K7L : Lawan tetap lawan..

PKR Tidak Bantu Kempen PRK - Jaga Hati PAS?



Kini kita menanti apakah PKR akan berpihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) atau PAS menjelang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bermula 6 Jun ini.

PAS dan PKR masih menjalin hubungan strategik sungguh pun parti PKR kini sudah menyertai Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP. Ini kerana mereka berkongsi kuasa di Selangor.

Namun begitu Keris melihat pihak PKR telah bersedia untuk tidak membantu untuk berkempen bagi kedua-dua PRK yang berlangsung di Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Ini difahamkan adalah strategi Azmin untuk terus mendapatkan sokongan PAS.


Dalam masa yang sama PAN akan mengambil peluang ini untuk terus memburukkan PKR yang kini dalam usaha mereka untuk disingkirkan sekiranya Azmin masih berkeras mahu bekerjasama dengan PAS.

Entah apa yang mereka bincangkan dan persetujui sebelum ini. Sebab semua cakap pusing-pusing. Kini kita lihat PKR seperti tidak punyai pendirian yang tetap. Hanya akan melekat pada yang berkepentingan.

K7L : Macam parasit?..

Badan Pemikir Pakatan Harapan Jadi Tukang Tilik Kata PAS Kalah PAN Menang?



“PAS tidak ada peluang menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan saya nasihatkan PAS beri satu kerusi kepada Pakatan Harapan, samada PKR atau PAN kerana orang Cina tidak boleh sokong PAS.

“PAS kata orang Cina tidak diperlukan dan DAP adalah merbahaya. ini ditulis oleh Dr. Zuhdi Marzuki yang menganggap undi orang Cina adalah tidak penting.

“Jadi orang Cina sudah terasa hati dengan PAS, jadi macam mana nak sokong PAS. Sebab itu (PAS) hilang 35 peratus undi daripada pengundi Cina, macam mana PAS boleh menang? -
Husam Musa

Kini dikatakan Pakatan Harapan tidak perlu takut kerana Pas pastinya tidak mampu untuk memenangi kerusi tersebut. Tiada peluang langsung untuk menang. Dan ini seakan memberi signal dia boleh menilik masa depan.

Kami daripada Barisan Nasional pun memandang hormat akan pihak lawan daripada PAS dan kami juga mahukan PAS kalah. Namun begitu PAN yang turut meletakkan calon bagi kerusi-kerusi tersebut yang perlu sedar mereka paling tiada peluang.

Kini PAN dibawa dikempen oleh DAP secara bersungguh-sungguh. Kita tunggu dan lihat apakah rakyat akan bersedia menerima 'arahan' DAP yang akan memaksa orang cina di Sekinchan menyokong PAN?

K7L : Ng Sue Lim dulu menang sebab orang kesian je..

Wan Azizah Kini Meletakkan Segala Kesilapan PKR Kepada PAS?



Minggu yang sudah kita tahu akhirnya Mesyuarat Majlis Presiden untuk Pakatan Harapan telah dibuat juga walaupun tanpa kehadiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kini sedang dalam proses dijatuhkan oleh PKR sendiri.

Pas didakwa menjadi punca mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan ditangguhkan buat kali kedua dan ketiga selepas gagal memberi maklum balas bagi membincangkan isu PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Wan Azizah Wan Ismail ada berkata maklum balas itu penting memandangkan sebelum ini Pas sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di kedua-dua kerusi Parlimen itu.

“Kita masih menunggu respons daripada Pas. Kita sudah ada mesyuarat tertutup sebelum ini. Memandangkan Pas bertanding di dua kerusi berkenaan pada pilihan raya sebelum ini.

“Isu itu menjadi asas dalam rundingan kita, mencari bagaimana untuk selesaikan isu itu,” -
Wan Azizah


Erti kata lain PAS pula yang diletakkan sebagai parti yang bersalah di atas penangguhan mesyuarat Pakatan Harapan. Bukankah mereka sebulat suara menyingkirkan PAS daripada Pakatan mereka?

Sekarang kenapa sibuk nak bincang nak runding untuk PRK? Sudah jadi orang gila talak pula PKR kini? Akhirnya PAS yang dipersalahkan. Kan lucu bunyinya? Dah tiba masa kita benam terus PKR yang sudah hilang arah dan bukan bekerja untuk rakyat.

K7L : Ini wayang kipas lipas...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk