02/04/2013

Dana Untuk Kontraktor Kelahiran FELDA Dan Peniaga-Peniaga FELDA!




Tahniah Felda! Ini yang peneroka dan rakyat Malaysia mahu dengar! Pembangunan demi pembangunan dijana dari masa ke semasa. Bukan dengan mencari salah orang itu dan ini tetapi terus maju kehadapan.

Malaysia Building Society Berhad (MBSB) telah memperuntukkan sejumalah dana permulaan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM250 juta sebagai pembiayaan untuk kontraktor Felda yang berdaftar dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam masa yang sama jumlah ini mungkin akan menambahbaik Felda dari segi peningkatan bilangan kontrak untuk dianugerah kepada kontraktor dan PKS tahun ini berdasarkan apa yang Presiden MBSB Datuk Ahmad Zaini Othman cakaplah.

Bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, Felda juga telah dianugerahkan projek atau kontrak bernilai RM67.5 juta kepada 1,734 kontraktor. Menurut Penegrusi Felda, Tan Sri Isa Samad, 91 peratus daripada mereka yang menerima kontrak adalah Bumiputera.

Apa yang Keris faham ketika sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBSB dan Felda, akan disediakan pembiayaan kontrak Islam dan kemudahan Express Cash PKS kepada kontraktor yang berdaftar dengan Felda.

Di bawah MoU itu, MBSB akan menyediakan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk skim pembiayaan kontrak dan sehingga RM1 juta untuk SME Express Cash. Tempoh pinjaman akan bergantung kepada nilai pembiayaan dan akan menjadi antara satu dan tiga tahun.

Di bawah skim pembiayaan kontrak, kemudahan yang ditawarkan akan membentuk pelbagai 'hitam dan putih' seperti surat jaminan, surat kredit dan kredit pusingan.

Ia merupakan satu peluang buat kontraktor dan syarikat-syarikat daripada kalangan peneroka mendapatkan pembiayaan dan bekerja pada projek-projek Felda, seperti "Sentuhan Kasih" projek perumahan untuk anak-anak peneroka generasi pertama.

Projek ini dijangka siap dalam tempoh lima tahun akan datang, akan dibina di setiap 11 kawasan Felda, bermula dengan 300 unit di Felda Tenggaroh 3, Felda Chini Timur 2 dan Felda Tenang Besut.


K7L : Siapa yang tak puas hati sangat dengan Felda tu?..lepas PRU ni mesti dia senyap..

Bukti Kit Siang Tak Buat Kerja Selama 9 Tahun Di Ipoh Timor!



Apabila masalah kerosakan jalan di Pasir Pinji dikemukakan kepada pusat khidmat Ahli Parlimen mereka yang mewakili Ipoh Timor, Lim Kit Siang hanya dijawab 'itu bukan kami punya hal'.

Berbeza dengan aduan kepada wakil rakyat BN, yang memang mengetahui isu tersebut adalah dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh, wakil rakyat BN akan berusaha untuk meminta Majlis Bandaraya Ipoh menangani masalah penduduk.

Pengundi DAP di Ipoh Timor mungkin sahaja telah mengutuk terang-terangan wakil rakyat mereka si tua ini, menyebabkan dia tanpa berat hati, lari untuk bertanding di Gelang Patah.

Ramai yang menyedari kerugian yang mereka alami sepanjang 9 tahun diwakili Lim Kit Siang.

Mereka kini tentu rindukan kelibat wakil rakyat BN terdahulu di Ipoh Timor, Thong Fah Chong yang rajin membantu segenap lapisan rakyat tanpa mengira bangsa.

Namun beliau tidak mungkin lagi bertanding. Lim Kit Siang telah memudahkan calon baru BN di Ipoh Timor untuk dijadikan contoh buruk seorang wakil rakyat.

K7L ; kantoi sudah..

Lelaki Tua Berbangsa Cina Ini Dituduh Terima Upah UMNO Penang? #savePenang





Gambar-gambar di atas diambil oleh seorang sahabat di sekitar Bagan (Butterworth), Pulau Pinang. Gambar-gambar ini wajar mendapat tempat di dalam blog CTS. Ianya memperlihatkan kegigihan seorang Pakcik Tua berbangsa Cina mengelilingi Pulau Pinang dengan motosikal "kapchai"nya secara berseorangan sambil berkempen untuk DS Najib Tun Razak serta menyeru Rakyat menolak Kerajaan DAPig Pulau Pinang.

Bukan menjadi satu perkara yang pelik di Pulau Pinang pada masa sekarang bila mana Rakyat Malaysia berbangsa Cina bangun untuk menolak Kerajaan Rejim DAPig di Pulau Pinang. Pakcik ini juga turut terlibat dengan perhimpunan-perhimpunan awam yang membantah Kerajaan Joseph Lim Guan Eng seperti gambar-gambar di bawah:





Sumber : CTS

K7L : Elok sangat..masa untuk tukar Penang kepada yang lebih baik iaitu Barisan Nasional..

[Video] Pelacur Bawah Umur Di Kelantan Bersepah? - Nik Aziz Buat Apa? #Tukar #BoLaWei



Kerajaan Pas Kelantan sering mendakwa mereka adalah kerajaan contoh yang patut diikuti negeri-negeri lain dibawah pemerintahan Barisan Nasional.

Mereka sering mendakwa kepimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.

Justeru tidak hairanlah setiap kali pemimpin-pemimpin Pas berceramah, model pentadbiran Tok Guru mereka itu akan diangkat, dijulang-julang seolah-olah tidak ada jentera pentadbiran sebaik dan sehebat kerajaan Pas di Kelantan.

Kerajaan negeri lain khususnya yang dikuasai Barisan Nasional (BN) diperlekehkan, kononnya bergelumang dengan salah laku dan maksiat di sana sini.

Namun Pas tidak sedar, setiap kali satu jari mereka menunding pada orang, empat lagi menunding kepada diri mereka sendiri.


Sebab itu apabila aktiviti mengenai ‘kehidupan malam’ negeri itu berjaya didedahkan oleh akhbar NST, mereka mula merasa ‘panas’ dan cuba untuk ‘spin’ pembongkaran tersebut.

Malah Nik Aziz sendiri mendakwa apa yang dibongkarkan itu ‘sangat kabur dan meragui’.

” Saya perhatikan laporan NST tiada butiran jelas dan tepat.

” Ia sekadar laporan umum dengan melindungi fakta-fakta dan individu yang terlibat, begitu juga dengan paparan TV3 yang sangat kabur dan diragui.

” Saya kira, lebih baik untuk disebut dengan jelas fakta-fakta kes agar ia memudahkan pihak penguatkuasa untuk bertindak,” kata Nik Aziz.

Dan seperti yang dijangka, Nik Aziz cuba mempertahankan diri dengan ‘mengalihkan’ persoalan kepada kerajaan pusat.

” Sesuatu yang wujud secara haram bukan bukti ia direstui, adakah apabila meningkatnya gejala penyalahgunaan dadah di seluruh negara contohnya bermakna ia direstui oleh kerajaan pusat?,” ujar Menteri Besar tersebut.

Nik Aziz jangan cuba alih perhatian…beliau kena ingat persoalan utama sekarang adalah dakwaan mereka mereka sebelum ini kononnya mereka telah menjadikan Kelantan ‘serambi Mekah’ itu satu kenyataan.

Kalau benar mereka berjaya dalam usaha tersebut, kenapa ‘serambi Mekah’ mereka itu boleh berlaku pelacuran secara terang-terangan, judi haram, pengedaran dadah dan sebagainya?

Inilah padahnya bila hanya menganggap diri mereka saja yang betul dan sempurna sedangkan hakikatnya ia jauh dari kenyataan yang sebenar.

Tepat sekali peribahasa Melayu…nyamuk di seberang sungai nampak, gajah di depan mata buat tak tahu!

K7L : Apa cerita ni Pok Nik Oii....

Johor Akan Jadi Medan Lim Kit Siang Kuburkan Karier Politiknya? #GE13 @barisanasional



Semalam bukan main lagi orang DAP cakap Johor akan mereka tawan. Tetapi realitinya sangat jauh berbeza daripada orang DAP. Di Johor masih ramai yang menyokong teguh Barisan Nasional baik Melayu, Cina, India mahupun bangsa-bangsa lain.


Dalam ceramah Tun Dr. Mahathir di Pulai, Johor, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menggesa rakyat Johor menolak Pakatan Rakyat dan menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang. 

Kalau lihat pada mereka yang hadir ke ceramah semalam iaiatu sebanyak lebih kurang 20 ribu rakyat, Johor bakal jadi kubur politik Lim Kit Siang. Dari satu parlimen kepada satu parlimen menunjukkan bahawa tidak ramai yang menyokong dirinya.

Dengar cerita percaturan untuk meletakkan Kit Siang di Johor dengan alasan mahu menawan Johor merupakan taktik licik beberapa pemimpin DAP yang mahukan Dinasti Lim berkubur.

Ada dengar-dengar semua ini kerja Ronnie tapi tak tahulah Keris. Sebab kini DAP juga sedang mempunyai masalah dalaman yang teruk. Mereka dah mula tunjuk taring sebab nak kerusi mudah menejlang PRU13 ini.

K7L : Tak sabar nak tengok Kit Siang kalah...

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk