Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts
Showing posts with label Hasan Ali. Show all posts

22/11/2011

Dr Hasan Ali Sepak PAS Selangor Lagi?

Dr Hasan Ali merupakan Exco Hal Ehwal Islam Dan Adat-Adat Melayu Kerajaan Negeri Selangor yang semakin disisihkan oleh pihak pakatan terutamanya pimpinan PAS Selangor. Beliau kini semakin lantang 'menyepak' pucuk pimpinan PR.

Lihat video dibawah untuk mengetahui apa yang tersirat dihatinya dan pandangan beliau tentang kotradiksi id
eologi PR yang lebih terarah kepada memaksimumkan kuasa biarpun ia melanggar undang-undang persekutuan mahupun undang-undang Islam serta pendapat beliau mengeneai Hak Asasi Manusia yang sentiasa disokong PR.

 

"Hanya yang menjadi masalah kepada saya barangkali, kadang-kadang kita panjangkan pengertian 'Human Rights' itu hinggakan saya sebagai Exco Agama barangkali mungkin tersekat-sekat perjalanan saya" jelas beliau.

Pada pendapat Keris, Dr Hasan Ali ini sudah tentu akan terus dibunuh karier politiknya lebih-lebih lagi oleh Khalid Samad dan beliau sudah tidak layak lagi duduk didalam PAS yang kini tidak lagi relevan didalam menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Baca juga di SINI, SINI dan SINI untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dr Hasan Ali.



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: "PAS Selangor kini dah bergabung dengan DAP dan mungkin menukar nama mereka kepada DAPAS yang diketuai oleh Ronnie Liu"..adoi..

19/11/2011

Khalid Samad Ingin Bunuh Karier Politik Hasan Ali?


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Dipetik dari blog Oh Pemerhati

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad dilihat semakin berang dengan ketiadaan tindakan susulan yang dibuat pihak PAS Pusat terhadap perilaku Hasan Ali yang mencurigakan dan memberi liabiliti terhadap Parti dan Pakatan.

Malah tiada sebarang respons diberikan dari pihak Pesuruhjaya PAS Negeri sekalipun walaupun isu ini telah dibangkitkan berulangkali menerusi Mesyuarat Parti peringkat Negeri yang dakwanya disokong beberapa AJK.

Siapa AJK yang menyokong beliau? Sudah pasti yang turut merupakan puak Pro Sekular bersama beliau. Malah beliau turut menyebut pihak yang menyokong Hasan Ali adalah Munafiq terhadap parti.

Fatwa puak Pro Sekular PAS yang kini boleh digunapakai demi perpaduan Pakatan. Setakat ini dikatakan Hasan Ali masih mendapat sokongan dari pihak Akar Umbi parti dan Khalid Samad bakal memastikan musuhnya itu tidak dipilih semula bertanding di mana2 DUN di Selangor pada PRU13.



Pendapat peribadi Keris, daripada Khalid Samad secara berterusan ingin musnahkan Hasan Ali yang betul-betul perjuangkan Islam tanpa kawalan DAP, pecat sahaja dia daripada PAS. Dahulu Keris ada menulis tentang perkara ini di SINI. Dan jangan lupa baca juga tentang Khalid Samad yang beria-ia membunuh karier politik rakan seperjuangannya didalam PAS namun sanggup mati demi mempertahankan DAP. Bukti? Anda baca SINI.


Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Khalid ini bertanding atas tiket apa PRU13 nanti?..PAS, DAP atau DAPAS?..haha!

07/08/2011

Kerana Hasan Ali, PAS Sudah Tidak Relevan Pada Pengundi Islam?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum w.b.t





“Demi kepentingan akidah ummah, saya rela dipecat” – Dr. Hasan Ali

Itulah kata-kata pemimpin PAS yang memperjuangkan Islam bukan atas dasar parti tetapi berjuang atas landasan Islam. Kini Hasan Ali telah menimbulkan persperktif yang mungkin akan menyebabkan PAS tidak digemari pada PRU-13 kelak.

 Kerana takut akan kehilangan kuasa, Hasan Ali mungkin akan terus dicerca parti sendiri supaya menampakkan bahawa tindakan Hasan Ali lebih kepada rasional individu dan bukannya perjuangan parti. Keris teringat akan petikan kata-kata jumud PAS iaitu "Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur", maka apa yang telah diluahkan suatu ketika dahulu telah memakan diri?.



PAS kini sudah tidak relevan sebagai suatu parti Islam yang telus. Dimana mereka untuk mempertahankan Islam ketika isu kalimah Allah?. Hanya dua orang sahaja yang lantang bersuara. Selebihnya hanya mendiamkan diri kerana takut akan kehilangan kuasa yang ada. MasyaAllah, demi kuasa mereka sanggup gadaikan agama. Rakyat Selangor yang beragama Islam terutamanya harus sedar akan pembawaan ideologi PAS yang kini telah menyimpang jauh dari perjuangan yang ditinggalkan Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abbas Mohd. Taha serta pembawaan ideologi "kepimpinan ulama" oleh Tuan Guru Yusuf Rawa suatu ketika dahulu.

Kini kerana kelantangan bersuara dalam menegakkan Islam, beliau telah menjadi topik hangat di media maya. Kerana fahaman pluralisme dan ideologi Nuar Berahim, kini penyokong-penyokong PR yang bukan Islam telah meragui tindakan beliau dan mempersoalkan kredibiliti PAS di dalam Penipu Rakyat. Desas-desus mengatakan PAS akan mengadakan musyawarah tergempar hari ini untuk membincang masalah Hasan Ali. Tidak sangka pula kini orang yang ingin memerangi muratd telah menjadi masalah kepada parti PAS.

Keris nyata kecewa kerana walaupun berbeza fahaman politik, asalkan ia baik dalam menegakkan syiar Islam serta mengukuhkan Islam di Malaysia, Keris akan menyokong. Kekecewaan itu bukan sahaja dirasai oleh Keris, malahan ia turut dikongsi bersama rakan-rakan Keris dari Parti PAS. Siapa kata UMNO menolak Islam seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan orang PAS dahulu. Rentetan isu bible dalam bahasa melayu, isu kalimah Allah dan yang terkini isu murtad, semuanya ditentang oleh orang-orang UMNO. Siapa yang menyokong?.   Nuar Beraim The Traitor yang secara terus terang menyokong. 

Keris ingin berpesan kepada ahli-ahli PAS bahawa, kini perjuangan dan dasar PAS telah jauh menyimpang. Hanya kepinginkan kuasa sehingga landasan perjuangan ulama Islam telah diketepikan. Berfikirlah sebaiknya dalam memperjuangkan Islam. UMNO tetap secara terus memperjuangkan MELAYU, ISLAM dan MALAYSIA!. 

Petikan surah Al-Imran ayat 196 :
"Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka). "(196)



Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: mengapa mesti prejudis terhadap tindakan mempertahankan Islam? kemana menghilang asas akidah dan perjuangan Islam 'Duo Khalid' yang tidak habis-habis balun Hasan Ali?

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk