10/09/2015

Timbalan Perdana Menteri Tidak Halang Himpunan Baju Merah Kerana Itu Hak Peribadi?


 

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menghalang ahli parti Melayu itu untuk menyertai perhimpunan kumpulan "baju merah" yang bakal berlangsung pada 16 September ini.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat ahli Umno tersebut yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Beliau juga tidak menyangkal Umno turut dijemput untuk menyertainya. "Ianya dianjurkan oleh pihak NGO, NGO itu akan turut jemput Umno.

"Saya fikir itu hak individu kepada ahli Umno berkenaan," katanya semasa sidang media di Perdana Putra hari ini.

Menteri dalam negeri itu juga berkata beliau akan menyerahkan seratus-peratus kepada polis untuk mengambil tindakan berhubung perhimpunan yang dinamakan "Himpunan Rakyat Bersatu" itu.

"Kita akan serahkan 100% kepada pihak polis untuk ambil tindakan, termasuk untuk memberi permit, dan juga menjalankan operasi penguatkuasaan jika permit diberi," katanya.

Perhimpunan itu diadakan sebagai tindak balas dan protes terhadap perhimpunan Bersih 4 yang dikatakan mengganggu perniagaan di kawasan tumpuan orang Melayu di ibu kota.

Bagaimanapun pengkritik melihat himpunan itu bakal menimbulkan kekecohan disebabkan lokasi dan slogan berbaur provokasi perkauman.

“Himpunan Rakyat Bersatu” dijadualkan berlangsung pada 16 September dan 10 Oktober di Bukit Bintang dan Jalan Petaling.

K7L : Hmmmm...

4 ulasan:

  1. Turun tetap turun.

    ReplyDelete
  2. Kalau itu hak peribadi, macamana pulak dengan Bersih? Bukan kah itu juga hak peribadi? Pokoknya kedua2 Bersih dan Perhimpunan ini tidak mendapat kelusan polis. Maknanya kedua2nya HARAM. Ada kah yang memakai baju merah juga akan ditangkap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dey matcha... Kalau baju merah buat salah pun akan ditangkap la dey... Malah baju merah lebih byk akan ditangkap sbb menjadi adat Polis kalau melayu buat kecoh sikit je semua kena tangkap... Kalau cina buat kecoh Polis semua kecut telo nak tangkap sbb kena warning dgn abg besar bukit bintang... Dey kalau lu nak nak rasa kena tangkap lu dtg la 16 hb nie sure kena tangkap punya... Kalau baju kuning ari tu Polis nak tgk peha amoi tu pasal Polis tak buat kecoh hahaha...

      Delete
  3. Klau buat salah , langgar undang2 pasti kena tangkap, kami berdoa semoga perhimpunan MELAYU BERSATU berjaya dan tiada yg melanggar undang2, INSYALLAH

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk