29/09/2015

Jasa UMNO Yang Dihilangkan - PKR Wajib Tahu Perihal ini!



Malaysia yang wujud hari ini merupakan hasil evolusi sebuah kerajaan Melayu-Islam, yang berakar-umbi dari Kesultanan Melayu Melaka.

2. Asas kerajaan ini adalah Islam yang merupakan idealogi Negara dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi pertuturan/penulisan Negara.

3. Sistem ini warisan Kesultanan Melaka dan ia kekal sebagai struktur penting di kepulauan Nusantara walaupun selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.

4. Kerajaan-kerajaan Nusantara selepas Melaka mengekalkan ciri-ciri Melayu-Islam, dari segi agama, bahasa, budaya, politik dan pentadbirannya.

5. Dasar penjajahan British mengakui entiti Kesultanan Melayu sebagai sebuah KERAJAAN dan mereka menandatangani perjanjian atas kapasiti tersebut.

6. Walaupun berlaku perubahan demografi penduduk dan politik akibat penjajahan British ia tidak menjejaskan asas tersebut.

7. Bagi pendatang Cina dan India pada awal dekad ke-20, mereka masih kekal sebagai kaum 'luar' dari masyarakat Melayu-Islam di negara ini.

8. Penghijrahan besar-besaran kaum Cina dan India ke negara ini adalah sebagai kumpulan masyarakat pekerja yang diwujudkan oleh British untuk kepentingan ekonomi kerajaan penjajah.

9. Kerana itulah pentadbiran British dan Raja-raja Melayu tidak menganggap kaum Cina dan India yang berhijrah sebagai rakyat pada masa itu.

10. Hanya selepas Perang Dunia Kedua, generasi terawal Cina dan India diberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dengan mudah.

11. Anak-anak mereka juga diberi kerakyatan secara langsung iaitu kerakyatan hak lahir atau JUS SOLI di bawah Perlembagaan yang dibentuk pada tahun 1957.

12. Akibatnya pada awal tahun 60-an hampir 44 peratus rakyat Malaya dari keturunan Cina dan India.

13. Kemasukan mereka mengubah tatacara negara dari negara Melayu yang ekslusif kepada negara pelbagai etnik. Persekutuan Tanah Melayu ke Malaya kemudian Malaysia.

14. Dalam proses ini, masyarakat Melayu yang dulunya membentuk NEGARA, kini berubah menjadi KOMUNITI.

15. Inilah titik permulaan dan pokok pangkal pengakomodasian dan penerimaan masyarakat bukan Melayu dalam sistem politik Negara.

16. Pada tahun 50-an, masyarakat Melayu sangat miskin berikutan dasar British yang menetapkan mereka sebagai pesawah padi untuk bekalan makanan utama negara (beras).

17. Menjadi petani merupakan PENGORBANAN besar orang Melayu, dibandingkan ekonomi kaum Cina yang berasaskan timah jauh lebih baik kerana upah yang mahal.

18. Majoriti masyarakat Melayu ketinggalan dan peratusan bukan Melayu semakin besar dan mereka adalah rakyat yang membentuk negara.

19. Tetapi persoalannya mengapakah masyarakat Melayu masih memilih untuk mengakomodasi mereka yang bukan Melayu pada ketika itu?

20. Apa faktor yang menyebabkan timbulnya konsensus penduduk pribumi menerima bukan pribumi berkongsi negara yang luar biasa itu?

21. Faktor utama penerimaan pribumi terhadap bukan pribumi ketika itu adalah ekonomi, ancaman komunis dan pengaruh pemimpin UMNO.

21A. Ekonomi: Kaum Cina dan India merupakan penyumbang utama sektor ekonomi yang penting seperti timah, getah dan perdagangan.

21A1. Golongan elit Melayu yang terlibat secara langsung dengan pentadbiran kerajaan British sedar sekiranya mereka tidak menerima dan mengakomodasi bukan pribumi akan wujud ketidakstabilan sosial yang ketara.

21A2. Di pihak masyarakat Cina dan India, pemimpin kaum masing-masing memarakkan semangat menuntut hak kerakyatan dan ianya disokong British.

21A3. Kerajaan British di England menyokong tuntutan tersebut bagi menjaga kepentingan mereka dalam sektor getah, timah tidak terganggu walaupun selepas Malaya merdeka.

21A4. Memberi kerakyatan kepada bukan pribumi merupakan cara terbaik mengekalkan kepentingan ekonomi British ketika itu.

21B. Faktor kedua adalah ancaman komunis yang mendapat sokongan komuniti Cina pada tahun 1948 dan seterusnya.

21B1. Memberikan kerakyatan kepada bukan pribumi dapat menjauhkan kaum Cina dari idealogi komunis yang menjanjikan KESAMARATAAN.

21B2. Pemimpin UMNO menolak keras kesamarataan dan komunis dan berkongsi tekad bersama British bagi menghancurkan pemberontakan 1948.

21B3. Dengan memberi kerakyatan kepada bukan pribumi atas dasar konsensus, UMNO mengharapkan lahirnya semangat kesetiaan mereka pada Negara baru.

21C. Selain itu adalah peranan pemimpin MCA dan MIC yang berjaya menyakinkan pemimpin UMNO pada ketika itu untuk menerima bukan pribumi sebagai rakyat.

21C1. Semangat setiakawan pemimpin UMNO, MCA, MIC adalah tinggi kerana mereka bekerjasama erat menuntut kemerdekaan.

21C2. Semangat setiakawan UMNO, MCA, MIC itu membuka jalan bagi kaum pribumi memberikan konsensus kepada kerakyatan bukan pribumi.

22. Orentasi kepimpinan UMNO yang menjurus ke arah pengakodasian boleh dikaitkan dengan latar belakang sosial mereka.

23. Susur galur kepimpinan UMNO ketika itu terdiri dari golongan elit tradisonal (aristokrat/bangsawan), pentadbir dan guru.

24. Kerana latar belakang sosial ini, mereka berada dalam kedudukan istimewa dimata masyarakat Melayu, Cina dan India.

25. Sungguhpun kaum Cina lebih kaya (peniaga), tapi mereka tidak mampu mencabar status golongan bangsawan (hierarki feudal).

26. Ketika itu, antara pergerakan nasionalis Melayu, UMNO adalah kumpulan yang mempunyai pendedahan paling meluas kepada bukan Melayu.

27. Menerusi kedudukan sebagai Menteri Besar, Pegawai Daerah, Penolong Pegawai Daerah dan guru. Pemimpin-pemimpin utama UMNO terdedah dengan isu-isu kaum Cina, India yang mahu mendapat status sah.

28. Lagipun tiada ancaman ketara kerana simbol utama kerajaan Melayu iaitu KESULTANAN MELAYU kekal terpelihara dan dijamin Perlembagaan 1957.

29. Perlembagaan mengakui Sultan, Islam, bahasa, kedudukan istimewa orang Melayu dan dengan jaminan tersebut orang-orang Melayu tidak keberatan berkongsi negara.

30. PAS parti politik yang menggunakan label agama ketika itu MENENTANG akomodasi atas dasar Malaya hak Melayu.

31. PAS menentang isu kerakyatan bukan Melayu dan meletakkan ISLAM sebagai justifikasi bagi pendiriannya.

32. Pada Oktober 1962 PAS telah mengemukakan resolusi di Parlimen berkenaan isu tersebut.

33. Hanya selepas PRU 1969 (13 Mei) PAS menerima bukan Melayu sebagai status quo tanah air ini (fait accompli).

34. Dalam kata lain, kepimpinan UMNO lah yang menjadikan pengakomodasian kaum bukan Melayu satu kenyataan.

35. Selepas 13 Mei, wujud kesedaran dikalangan pemimpin negara untuk membetulkan ketidakseimbangan ekonomi antara pribumi dan bukan.

36. Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan dengan matlamat PERTAMA DEB iaitu 'menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum'.

37. Keperluan masyarakat yang menjadi panduan dalam memberi bantuan kewangan, sokongan pendidikan, dasar perumahan dan lain-lain.

38. Matlamat kedua DEB adalah 'mengurangkan hubungan antara identifikasi fungsi ekonomi dengan etnik'.

39. Bagi menyelesai masalah ketidakseimbangan ekonomi orang Melayu perlu memperkukuhkan KUASA POLITIK. Kuasa membaiki kesejahteraan ekonomi.

40. Tetapi dalam proses itu (selepas 13 Mei), pemimpin UMNO tidak pernah mengabaikan asas akomodasi dalam apa juga keadaaan pun.

41. Fakta kesediaan UMNO berkongsi kuasa adalah sejak dulu, kekal 1/3 ahli Parlimen Malaysia BN terdiri daripada bukan Melayu, Islam.

42. Nisbah yang sama dilihat dalam barisan Kabinet Persekutuan dan dasar perkhidmatan awam.

43. Sebelum dan selepas DEB peranan kaum Cina dalam sektor ekonomi kekal signifikan. Polisi kerajaan BN JELAS mengalakkan pertumbuhan.

44. Masyarakat Cina yang membentuk 1/4 dari penduduk Malaysia menguasai 3/4 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

45. Struktur kekayaan negara jelas membuktikan masyarakat Cina terus mendominasi lapisan atas sektor ekonomi sebelum dan selepas DEB.

46. Kecuali negara China dan India hanya Malaysia yang mengiktiraf Bahasa Cina/Tamil sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah.

47. Perbagai aspek budaya Cina, India dapat diamalkan tanpa halangan malah perayaan agama turut diberikan CUTI KEBANGSAAN.

48.Jika dinilai dengan jujur, kerajaan BN yang ditunjangi UMNO telah melayani dan berkhidmat dengan adil, saksama sejak merdeka.-11/9/2013

*Tulisan ini berasal dari twitter dari akaun @ayathelme yang disiarkan dengan hashtaq #melayu sempena bulan Kemerdekaan.

K7L : Betul bukan?..

6 ulasan:

  1. KALAU ANDA MAU TAU INFO TOGEL, KENALKAN NAMA SAYA PAK WARHADIK, KAMI TINGGAL DIKALTIM PEKERJAAN JUAL NASI GORENG, SELAMA KAMI KENAL YANG NAMANYA NYI REKSO SARASWATI NASIB KAMI TIDAK SEPERTI YANG DULUH… KAMI SANGAT BERTERIMA KASIH KEPADA NYI REKSO SARASWATI BERKAT ANGKA YANG DI BERIKANN SAMA BELIAU.DAN ALHAMDULILLAH TEMBUS.DAN KAMI MINTAH ANGKA,4D…


    ANGKA NAIK YAITU,DI.
    6D.SPORTS,TOTO 5D 6D
    SIAPA TAU ANDA SEMUA MAU RASAIN SILAHKAN GABUNG SAMA KAMI,

    DAN KAMI BERSUKUR HASIL PASANG TOGEL TGL,07,07,2014…
    ….
    SEMUA HUTANG HUTANG DLM KELUARGA KAMI KINI DPT TERLUNASI ,KAMI PUN BISA MEMBUKA USAHA KEMBALI,WALAUPUN ITU DGN CARA PASANG TOGEL, ITU MERUPAKAN RESKI BAGI KAMI SE- KELUARGA ,JADI YG SERING KALAH DLM PERMAINAN TOGEL HUBUNGI NYI REKSO SARASWATI /SMS KE NMR INI,082322216958—KESUSAHAN ANDA DALAM MAIN
    TOGEL DI,JAMIN [5] KALI PUTARAN… NYI REKSO SARASWATI Terima kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada NYI REKSO SARASWATI yang telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau kami sekarang udah hidup tenang..sudah tidak di kejar-kejar hutang…Kami di berikan Angka Ritual Ghoib Dari NYI REKSO SARASWATI yang sangat sangat Jitu 100%…hingga kami sekarang merasa tenang lagi…terima kasih NYI…Jika Anda ada yang merasa kesulitan masalah Nomer Toto apaka 2D.3D.4D.5D.6D.itu semua terserah anda, silahkan HBG ATAU SMS Aja NYI REKSO SARASWATI
    …di nmr HP [082322216958]pasti anda akan merasakan apa yg selama ini kami rasakan…Salam Bahagia dan Sukses..!!

    DENGAN ANGKA GOIB ,ATAU ANGKA RITUAL// ANGKA MAHLUK HALUS….
    KLIK DISINI
    angka;GHOIB: singapur
    angka;GHOIB: hongkong
    angka;GHOIB; malaysia
    angka;GHOIB; toto magnum 4d
    angka"GHOIB; laos…
    angka"GHOIB; macau
    angka"GHOIB; sidney
    angka"GHOIB: vietnam

    ReplyDelete
  2. hai panjangnya tulis nak sokong UMNO. saya khuatir lagi panjang tulisan, lagi banyak auta.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya penjelasan sebenar adalah lebih panjang kerana ianya adalah sejarah Negara..itu pun admin ringkaskan kerana bagi rakyat Malaysia sejati..mudah faham reality bahawa rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, etnik dan agama..ini semua telah dipahat kemas dalam Perlembagaan 1957 bagi tujuan utamakan menyatu-padukan rakyat maka bermulalah sejarah baru Malaysia seperti kata..” MCA President, Tun Tan Siew Sin, in an article in a local paper entitled – “Tun Tan Answers Critics on Special Privileges” on 30 April 1969, said:..“The Malays, through UMNO, were generous enough to relax the citizenship laws of this country to such extent that within 12 months of independence, 90 percent who were still non-citizens after nearly 100 years of colonial rule in the Malay States, obtained their citizenship. In return for this major concession, the MCA and the MIC agreed to continue the policy of preserving the special position of the Malays while at the same time upholding the legitimate interest of other communities”..
    Tetapi malang kini ada pihak yang menggunakan apa saja cara untuk mendapatkan sokongan walau pun menyedari Negara akan kucar kacir..malang juga ada pula segelintir rakyat Malaysia sanggup mengkhianati roh perlembagaan 1957 itu.. "Jika DAP berterusan mempertikaikan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan (peruntukkan mengenai hak istimewa Melayu), kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur"..:Petikan daripada buku "Tragedi 13 Mei: Sebelum & Selepas" oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman..Itulah amaran dan peringatan seorang negarawan dan Bapa Kemerdekaan Malaysia empat puluh empat tahun lalu, Perdana Menteri pertama Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj!.. tidak dapat ditulis walau pun satu jasa DAP kepada Negara kerana mereka”... “Pada tahun 1969 LKS kencing depan Rumah Dato Harun, Cina DAP LKS keluarkan lancaunya di atas lori sambil tunjuk kepada gadis-gadis Melayu, LKS bawa penyapu 1969 dan semasa Bershit 4.0 juga bawa penyapu. Siapa ajar bawa Penyapu? Sudah tentulah arahan Cauvanis LKS!”.. “susulan teguran tersebut Lim Guan Eng telah mengeluarkan kata kata “Pergi Mampus Melayu UMNO”.
    PROF. DATUK DR. TEO KOK SEONG meluahkan menerima pelbagai kecaman, cercaan dan kata nista yang adakalanya di luar batasan.. “Kita hidup di Malaysia dan adalah perlu untuk mereka mengikut adat resam dan budaya tempatan dan berdiri sebagai satu bangsa yang berbangga dengan jati diri Malaysia tanpa perlu mengorbankan identiti sebagai orang Cina,” kata beliau… Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan perlembagaan dan sosial kontrak dicabar.. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis”… naib presiden PCM Huan Cheng Guan juga mendakwa fanatik Kristian telah meracuni minda orang Cina agar menentang BN… Ia adalah DAP EVANGELISTA yang terlalu licik dan selalu bermuka-muka. DAP pasti membawa malapetaka kepada kaum Cina. .“DAP fanatics Christian.”....“Mereka bukan Cina.”..Politikus DAP macam Hannah tidak mengaku pun diri mereka Cina. Mereka EVANGELISTA “!

    ReplyDelete
  4. ..Juga kata2 bekas Presiden MIC Tun V.T.Samanthan;.."Pada tahun 1955, kita telah memenangi pilihanraya dengan majoriti tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya disini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. apakah yang mereka putuskan mengenai kewarganegaraan?..Jika kita lihat di serata negara Asia atau Asia Timur, kita akan mendapati kaum india tidak akan di terima di Cylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di negara Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara- negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?.. Di Burma, seperti yang kita semua maklum, kaum India telah di usir keluar, di Ceylon mereka tidak di berikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan juga anda tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, "Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di Negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara."

    Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu), ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Dimanakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih perihatin, bersopan santun dan tertib selain dari bangsa MELAYU..Dimanakah anda boleh mendapat layanan Politik yang baik untuk kaum PENDATANG?..Dimanakah dalam sejarah DUNIA?..Saya bertanya kepada anda..Ini adalah FAKTA..Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami?..Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti...Tetapi SAYA AMAT GEMBIRA DI SINI."… ...Tulisan Tai Boo Kui yg disiarkan oleh akhbar Sinchew Daily bertarikh 23 Julai 2013 itu jelas membuktikan sikap sebenar majoriti masyarakat Cina mengenai kedudukan mereka dalam Barisan Nasional (BN) dan persepsi mereka terhadap UMNO..Kenyataan seumpama ini seharusnya menjadi cabaran kepada UMNO dan orang Melayu untuk menyedari agenda sesetengah kaum Cina untuk terus menghasut supaya kesepakatan dalam BN diranapkan…..percayalah segala fitnah yang disuburkan ini hanya untuk menyukarkan pengundi untuk memilih BN sedangkan pengundi memang telah hilang langsung keyakinan kepada pembangkang..inilah hakikat sebenarnya ketika ini..pembangkang tidak ada satu pun jasa kepada rakyat malah pemimpin mereka sendiri sangat teruk mengamalkan rasuah, kronisme, nepotisme dan lain2..maka tak perlulah pemimpin UMNO/BN pula yang kalah dengan permainan persepsi kotor pembangkang.

    ReplyDelete
  5. saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D






















    saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
    KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

    ReplyDelete
  6. SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih


























    SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk