07/09/2015

Ali Rustam - Sewaktu Di Atas Dia Dilambung - Kini Dilupakan?



Entah kenapa. Hari ini Keris dapat gambar daripada Facebook. Rasa hati terusik nak tulis pasal DSAR. Sedih sangat lepas lihat gambar di atas. Beginikah yang disebut sebagai PENGHARGAAN?

Keris teringat Kisah P.Ramlee, sewaktu hidupnya tidak ada seorang pun yang ada dengan dia saat dia dibuang kerana sudah lapuk dek zaman. Namun setelah beliau tiada, barulah gelaran Tan Sri diberikan, yang mana ketika hidup tidak dihargai.

Berkenaan DS Ali Rustam, sewaktu di puncak kepimpinan, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam disanjung segenap lapisan rakyat. Pemimpin-pemimpin UMNO bahagian sentiasa memuji kewibawaan pemimpin bernama Ali Rustam yang juga digelar Tok Ali.

Pendek kata, Tok Ali selaku Ketua Menteri Melaka sentiasa mendapat pujian selama tiga penggal memimpin negeri bersejarah itu. Semua bahagian UMNO menyokong apa sahaja keputusan yang dibuatnya.

Sehinggalah tiba detik bersejarah, beliau tersungkur pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu apabila tewas kepada calon pembangkang yang sunggguh di luar jangkaan. Keputusan mengejut itu disalahkan kepada pengundi Cina yang didakwa tidak menyokong Barisan Nasional.

Perkara sudah pun terjadi, tidak ada lagi yang boleh diubah. Kekalahan Ali sekali gus melenyapkan kehebatan Ali Rustam. Penyokong Tok Ali mula menjauhkan diri apabila Datuk Seri Idris Haron pula dilantik menjadi Ketua Menteri. 

Dan sebagaimana lazimnya, umpama gula, Idris dipandang tinggi dan dipuja oleh semua bekas penyokong Ali Rustam. Dalam gambar tersebut tiada yang salah. Cuma fikir sejenak. Inikah PENGHARGAAN?

K7L : Tidak mahu tidak rakyat sedang menilai UMNO 2015.....

4 ulasan:

  1. Baju merah sblh tpm tu x blh pakai kaki ampu,kaki bodek.ckp lebih.semua projek umno dia sapu.x percaya tanya org umno.

    ReplyDelete
  2. Mana pergi budaya menghormati bekas pemimpin yg berjasa ..menyampah betul aku tengok dato rauf..bukan main besau lg perutnya..

    ReplyDelete
  3. Tiada yg kekal selagi dbumi. Setidaknya, masa depan anak2nya dah dkira lumayan. Dihargai atau tidak, bukan lagi relevan kerana kini Tok Ali dah bole duduk diam dan brbanyakkn amal ibadah.

    ReplyDelete
  4. Insyaalah tuk ali..tukar pm nnt tuk ali ada kerja balik jgn risau..tuk idris tu x lame..tgk la nnt..x lame dah.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk