01/06/2012

Desakan Hariss Ibrahim Tentang Kes Rasuah @AzminAli - PKR Kini Huru-Hara?



Nak kata apa lagi? Kini kalau kita lihat semula sememangnya PKR sudah tidak layak menjadi 'Wakil Rakyat'. Cakap sahaja di mana-mana Parlimen ataupun DUN yang diwakili mereka sudah pasti banyak kepincangan wujud. Malahan pemimpin-pemimpin tertinggi mereka juga terlibhat dengan pelbagai masalah termasuk skandal seks, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tidak turun padang. Keris memetik artikel AIDC berkaitan Azmin Ali untuk penilaian pembaca.

AIDCNews – 01/06/12 – Seorang peguam dan aktivis ABU, Hariss Ibrahim mendesak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberitahu perkara sebenar berkenaan dengan dakwaan melakukan rasuah ketika berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1995.

“Azmin memberitahu kepada satu portal berita online bahawa pengundinya tidak perlu penjelasan kerana mereka lebih mengenali diri sebagai ‘baik’.

“Saya bukan pengundinya… dia (Azmin) dan Anwar sering merujuk sebagai “BOSS”. Saya tergolong sebagai rakyat..Ya, Rakyat.

“Kami, rakyat, berminat dalam kebenaran.. seluruhnya benar dan tiada apa selain kebenaran,” kata Haris dalam artikelnya, “I’ll shut up if they speak up,” hari ini.

Apabila Azmin menafikan mempunyai wang sebanyak itu, Hariss berkata Azmin perlu telus dalam mendedahkan aset dirinya dan isterinya itu.

“Saya ingin tahu benarkah terdapat kira-kira RM10 juta di dalam akaun bank dia atau isterinya dan, jika benar, dari mana datang wang itu?

“Saya ingin tahu benarkah dia atau isterinya memegang saham dalam syarikat tersenarai dengan nilai hampir RM1 juta dan jika benar, dari mana datang wang itu ?, ” soalnya.

Dalam kes ini, Hariss berkata beliau lebih berpihak kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK).

“Kepada Anwar dan Azmin saya ingin katakan sekali lagi: Kamu mesti menyahut. Berdiam diri bukan satu pilihan terbaik,” katanya.

Sementara itu, FMT melaporkan Ketua Pembangkang tidak pernah mengambil apa-apa tindakan disiplin ke atas Azmin sepertimana yang disarankan oleh BPR (Badan Pencegah Rasuah) pada tahun 1995.

Memetik dari akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times yang melakukan pemeriksaan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan menunjukkan tiada apa-apa rekod yang menunjukkan Timbalan Presiden PKR itu dikenakan tindakan disiplin.

Bekas Ketua Pengarah BPR, Datuk Shafee Yahaya seperti dilaporkan Berita Harian semalam berkata bahawa beliau pernah mengesyorkan kepada Anwar Ibrahim pada 1995 ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya mengambil tindakan disiplin terhadap Setiausaha Sulitnya, Mohamed Azmin Ali selepas siasatan rasuah dijalankan ke atasnya.

K7L : Nak cakap apa lagi?..dengar cerita dah macam-macam dalam pakatan?

1 ulasan:

  1. Apa komen sipisau karat,
    Banyaknya harta Azmin mana dia dapat,
    Harta anuar belum lagi disiasat
    Ta kan banyak tu hasil jual ketupat!

    Lu orang saja cakap UMNO korup,sebenar malu nak ngaku "KMAI Lebeh.........PPPPP"atau lebeh banyak kurap!Alah cayang!!ngaku je,nak malu apanya.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk