25/06/2012

Tora Datang Lagi!!! Bawak Geran Punca @AzminAli Berebut Dengan @KhalidIbrahim ?

"Tora datang lagiii...", begitulah bunyi iklan jajan yang paling popular di Selangor dahulu masa zaman Keris kecil. Nampaknya iklan ini telah menjadi sumber inspirasi ketua tadbir kerajaan negeri Selangor, YAB Tan Sri Menteri Besarnya, Khalid Ibrahim.

Macam budak kecik yang berebut jajan kalau ibu atau bapa membawanya pulang ke rumah, GERAN SELANGOR BERNILAI RM300 JUTA menjadi "cokelat atau gula-gula" kepada rakyat negeri Selangor bagi mengundi pakatan mereka. Jelas Khalid (seperti video di bawah), ia akan digunakan kononnya bagi membantu rakyat Selangor terutama dalam membaiki infrastruktur rakyat seperti longkang dan jalanraya.




Menurut blog TMS, masalah utama seperti perparitan yang tersumbat hingga menyebabkan banjir besar di Gombak dan Kajang mahu pun masalah sistem pembuangan sampah tak terurus terus menghantui rakyat negeri Selangor yang tertanya-tanya bilakah Geran ini akan digunakan. Adakah sewaktu pilihanraya nanti?

Jika benar, amat malang rakyat Selangor yang terpaksa menantikan musim pilihanraya bagi menggunakan duit mereka sendiri yang membayar cukai kepada kerajaan negeri seperti cukai pintu dan tanah.
Lebih kelakar bila "Coklat Geran Selangor RM300 juta" ini turut menjadi idaman ahli politik lain termasuk YB Azmin Ali dan rakan sekutunya yang "lapar" di dalam PKR hingga bergaduh sesama sendiri.

K7L : Pasal duit mereka bergaduh sesama sendiri..lepas ni dalam surat rasmi mereka dah tukar tagline..mereka akan pakai 'Demi Duit'..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk