Mari belajar formula persamaan linear - dan sila jawab di tempat kosong :
Belajar pandai= Dapat biasiswa= pendidikan percuma
Belajar tak pandai= Tak dapat biasiswa TAPI dapat Pinjaman Pelajaran
Jadi nak pendidikan percuma= Belajar Pandai-pandai!
Belajar tak pandai + Dapat pinjaman pelajaran + Tak mahu Bayar + Maki pihak yang bagi pinjaman pelajaran=
____________________
Ini yang Keris ambil berat berkenaan isu PTPTN dan mahasiswa. Mereka sebenarnya masih lagi secara berterusan mempengaruhi mahasiswa/mahasiswi secara diam-diam. Pada pendapat Keris sudah-sudahlah.
Jika dilihat semula kronologi dengan 'Rundingan Meja Bulat PTPTN' sehingga baru-baru ini 'Rundingan Pemberian Semula PTPTN Kepada Pelajar Unisel' telah memberi bukti bahawa sebenarnya PTPTN diperlukan dan puak PR hanya boleh berjanji bulan dan bintang tapi tidak mampu untuk melaksanakan.
Nak jual tanah dan sebagainya itu pada Keris hanya satu retorikal pembangkang yang sudah basi. Banyak lagi janji-janji yang masih belum dilaksanakan. Persoalannya sekarang apakah nanti mereka mahu melaksanakan pendidikan percuma kelak seluruh tanah di Malaysia akan dijual? Tidakkah mereka mengkaji fakta sebenare bahawa 90% yuran pengajian sebenanrnya telah ditanggung oleh kerajaan?
K7L : Kepada adik-adik mahasiswa/siswi..belajar je elok-elok..tak payah layan politik songsang pakatan pembangkang..mereka hanya mahu jadikan kamu semua boneka sahaja..
0 ulasan:
Post a Comment